09 August 2009

betul ke??

Hai, em da lewat pagi da ni huhu. Da ngantuk giler da ni ar, taip aku nk post gak x kire argh. Suka ati aku la. Em penat sih pas balik tampal poster and gantung bunting PESTA KONVO 43. Em, huhu.

Em, betul ke tak ar? Aku pon taktaw, fuhh macam dalam mimpi la plak rasanya kan hehe. Amenda lak ni kan? Hah, em tak de pape ar, just mengarut2 je pepagi buta ni. Huhu. Yang pasti aku tak salah pilih ar, life must go on babeh. Yeahh chayok2. Huhu. Em, suka ke aku? Em ntah ler, tepuk dada, tanya hati. Wahh. K la aku nk g melayan tido. Da ngantuk tahap gaban da ni. Bye2........

05 August 2009

tertanya2??

Hoi, hahaha. Kurang sopan kan. Arh, suka ati aku la, nak buat ape, kau sbok wat pe. Huhu. Em banyak benda kan yang buat kekadang aku tetanya2. Apakah jawapan nya?? Bagaimanakah nak mencari jawapannya?? Dan macamanakah bentuk jawapannya?? Kan2. Mesti korang pon kekadang ada tertanya2 jugak kan. Kan2, betol tak, betol tak.

Kekadang aku naik bosan dengan segala pertanyaan2 tu. Kenapa sebab kadang2 jawapan nya susah gila nak dapat and cari kan. Dan bengang kalau jawapan tu yang tak memuaskan hati, wahh. Huhuhu. Tapi korang mesti tertanya2 kan apa benda yang buat aku tertanya2 ni kan huhuhu. Em, pasal palajaran r, korang mesti pikir lain2 ni, huhu. Banyak siot, pasal pelajaran yang buat aku tertanya2.... nak tanya???????

04 August 2009

siapakah aku?

Hai, da lama sih aku tak menaip dalam blog ni. Em, aku malas sebenarnya nak menaip pon. Lagi satu, sebab buzy sket kot. Hehehe, buzy la sangat kan. Kan2... Hahaha. Em, kadang2 kan aku terfikir and termenung sesorang kan, siapa eh aku sebenarnya ni kan? Aku kadang2 bingung jugak la kan memikirkan nya. Adakah aku seorang manusia yang ingin kan segala keseronokan hidup totally nya. Fuh mungkin tidak, adakah aku seorang manusia yang selalo alpa dan lalai dengan segala2 nya? Ada sedikit kot walaupon tidak sepenuhnya. Atau adakah aku manusia yang hidup menumpang di bumi Tuhan ini yang ingin mencari ketenangan dan bekalan untuk masa hadapan agar diri tidak kosong dengan sesuatu?

Akan tetapi untuk mencari segalanya itu perlukan kesabaran dan kecekalan. Hanya yang cekal, sabar dan tabah yang mendapat nya. Tetapi jika kita tidak tabah, cekal dan sabar, kita akan mencari sesuatu untuk membantunya. Seperti contohnya kita mencari seseorang untuk meluahkan perasaan kan. Wahh. Huhu, tetapi jika kita mahukan pertolongan, minta lah secara berhemah dan sopan. Jangan lah dibiarkan orang yang ingin membantu itu kadang kala tertanya2 di tengah jalan akan masalah yang kita hadapi kan. Sebenarnya tanpa kita sedari, jika itu berlaku, kita sebenarnya secara tak langsung telah memberikan masalah itu kepada orang tersebut. Huhuhu, kesian kan orang itu kan. Terseksa taw orang itu taw. Huhu...

Dan jika kita bermasalah dengan orang di sekeliling kita, kita haruslah bijak menangani ni. Ibarat kita menarik benang dalam tepung, benang tak putus, tepung tak berselerak kan. Begitulah juga, jika kita bermasalah dengan orang lain. Jangan lah semua orang hendak di jadikan mangsa kan, kita ada otak dan akal fikiran jadi berfikirklah sendiri eh. Huhuhu.

Eit, apa sebenarnya yang aku dah melalutkan ni eh. Arg, aku pon tak taw sebenarnya, aku taip ikot sedap hati jer. Nak taip, taip jer, apa terlintas aku main taip jer. Orang cakap sekadar mengisi masa lapang kan. Hahaha. Dan sebenarnya aku nak bagitaw, aku telah tergolong dalam orang yang telah aku taip dalam perenggan yang kedua tadi tu. Tulah, aku kekadang terfikir kan siapakah aku yang sebenarnya kan? Adakah aku tempat untuk orang mengadu nasib atau just cakap2 kosong kat aku sehingga aku ternganga sesorang memikirkannya. Itu lah pasal kan, tapi aku terima je la. Nak dibuat bagaimanakan. Kita mahu juga menolong, akan tetapi kita kekadang tidak ditolongkan. Em, apakah ini kan? Ah?? Huh pening2 kan2. Dah start merepek dah aku ni. huhu. Ok lah, malas la nak mengarut merepek lagi sih. Bye2.... daaa