Showing posts with label ceritera aku. Show all posts
Showing posts with label ceritera aku. Show all posts

31 January 2010

hui malas maw post

huhu ak malas r nk post kt blog, hehe. ade sape rajen tk nk tlg ak post hahaha.....:P

08 September 2009

updates........................

fuh lamer giler x updates blog aku ni. hehe, malas la nak updates, ade sesaper yg rajen nk tlg updates kan tak. huhuhu. tapi xder upah ar, aku maner der duet nk upah org. hehehe.

em, di kesempatan ini aku nak mengucakan lah selamat berpuasa kepada muslimin n muslimat sekalian, pose jgn tak pose plak taw. n lagi beberapa minggu ni nak hari raya da, jadi selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin ye. huhuhu. nak duet raye gi la rayer kat umah org. kekeke. em arini juga adelah hari yg bermakna bg aku setelah sebulan berlalu, suatu keseronokan yg tidak tergambar, terima kasih segalanya kepada sesape yg berkenaan. hehehe. k lah , sok aku ader test robotic, chayok2, tatataa.............................................

05 August 2009

tertanya2??

Hoi, hahaha. Kurang sopan kan. Arh, suka ati aku la, nak buat ape, kau sbok wat pe. Huhu. Em banyak benda kan yang buat kekadang aku tetanya2. Apakah jawapan nya?? Bagaimanakah nak mencari jawapannya?? Dan macamanakah bentuk jawapannya?? Kan2. Mesti korang pon kekadang ada tertanya2 jugak kan. Kan2, betol tak, betol tak.

Kekadang aku naik bosan dengan segala pertanyaan2 tu. Kenapa sebab kadang2 jawapan nya susah gila nak dapat and cari kan. Dan bengang kalau jawapan tu yang tak memuaskan hati, wahh. Huhuhu. Tapi korang mesti tertanya2 kan apa benda yang buat aku tertanya2 ni kan huhuhu. Em, pasal palajaran r, korang mesti pikir lain2 ni, huhu. Banyak siot, pasal pelajaran yang buat aku tertanya2.... nak tanya???????

09 February 2009

malas vs tak der masa (ye ker kamu nih????)

SALAM, bertemu kembali selepas sekian lama menyepi dalam arena blogging ni. Erm, aku sibuk giler ar dalam bulan lepas n awal2 bulan ni. ni pun aku nak post sebab tengok blog da lama jer kosong dari coretan kreative tangan aku nak menari2 atas keyboard laptop aku ni. huhu. sedihhh.... erm itu satu hal, xder masa. Lagi satu hal, aku plak jenis yang pemalas gak la orang nyer. Tapi pemalas2 aku pun semua kerja2 penting aku siap taw. Assigment n whatever la. On time lagi tuh, xpernah tersasar lagi. n kelas pun aku tak pernah 'tuang' lagi. 100% attendances full yer.ooo itu lah diriku yang sebenarnyer. Malas2 dalam kerajinan yer. Erm nak cakap per lagi yer.. NO idea la skunk nih. OK lah sampai sini dulu kot. Kiter bertemu lagi nanti. TATATATA.......bye daaaa.............

01 January 2009

welcome 2009 with fullheart........

file:///C:/Documents%20and%20Settings/arezisx/Desktop/4.bmp

31 December 2008

new year...new hope....new territory.....new azam???

Hi... erm tinggal lagi lebih kurang 20 minit lagi, aku akan meninggalkan tahun 2008 yang penuh kenangan manis, pahit, payau, kelat, masam, masin. Fuhh... maw kena banyak penyakit aku kalau camni. Seperti tahun2 yang lepas, sambutan tahun baru aku sejak dua menjak beberapa tahun kebelakangan ni seperti x besh sahaja gamaknya. Hanya duduk sahaja, tidak keluar celebrate. Da tak macam dulu2, aku celebrate kat Dataran Merdeka bersama member2 terchenta lagi. Sejak dah masuk asrama ni jarang2 dapat celebrate new year. Lagi pun aku study kat negeri yang tak cuti masa new year, pe lagi negeri JOHOR yang terchenta laa. Per la Johor tak amek cuti new year. Arhh, da policy kerajaan negeri nak wat camni, kita rakyat yang patuh ni ikotkan ajer.

Seperti tahun2 sudah, setiap orang mesti ada azam new year kan. Azam yang hanya akan di patuhi untuk di tunaikan dengan sepenuh hati dan cekal hanya dalam beberapa minggu yang mendatang sahaja. Dan lepas tu azam hanya tinggal azam dan tekad hanya tinggal nama sahaja di sebabkan mungkin kesibukan yang ditempuhi dalam kehidupan sehari-harian. Bagi aku, azam yang aku wat atau nak wat, aku pikir on da spot jer, kalau jadik jadik la......kekeke. Member2 aku tu ada yang azam panjang berjela2 macam nak wat satu buku teks sekolah menegah, tapi akhirnya kuciwa di tengah jalan, yelah tak dapat di tunaikan. Erm, kepala pening sudah la....otak berkecamuk lak, jiwa kacau. Oklah sampai sini la dulu. K.Daaaa.........

11 December 2008

keseronokan dalam kebosanan

Hahaha. Apakah yang nak aku katakan di sini adalah seronok betullah cuti ni, tak yah wat assignment, takyah la ank study2 ker. Tapi dah lama, ada rasa bosan lak kan. Maybe lama sangat atau maybe aku tak wat apa2 yang berfaedah kot. Aha mungkin la kot agaknya. Tapi aku dah wat da kerja2 yang berpekdah ni. Contohnya tidur, makan, jalan2, melepak2, keluar2, tengok movie+tv dll la. Apa tak berpekdah lagi ker benda2 yang aku wat tu. Ntah la. Taktao.

Hari ni jer, aku bangun pun matahari dah nak cecah tegak kat atas kepala da. Ntah malas giler nak bangun, pas subuh jer terus continue tidur balik. Sedap pa, tidur waktu2 pagi camtu, fuhh layanz. Lagi pun, aku penat giler coz semalam da jalan2 gi kl. Sakit giler kaki gi jalan2. Tu yang kena rest giler2 sket tu. Hahaha. Semalam aku gi la temankan member aku ni sorang g Low Yat. Beliau nak cari harddisk katanya. Aku pun set jerlah, tanpa membantah dan berfikir panjang berjela. Almaklumlah, aku pun da lama gak tak gi tempat tu, dapat gak ar aku usha2 benda2 baru ker. Nak tambah2 gadget baru ker nanti. Last2 pas survey2 price, aku pun terbeli gak harddisk. Ingatkan nak keluar temankan dia jer, pastu aku pun sangkut ikut beli gak. Kekeke. Argh, takpa la, aku pun tadak harddisk lagi, asyik pinjam orang ja kat u nanti. Beli jer ar. Maka dengan segala hormatnya, melayang la RM200++ aku semalam dek kerana harddisk sebesar tapak tanagn ni. Huhu. Sob..Sob.. Dak aku tak nangis, tapi sedih ja. Ingatkan duit tu nak wat benda len. Tapi takpa pasni, banyak ar benda yang aku leh stored dalam harddisk tu, da beli pun 250GB. Banyak ka, bagi aku bese jer tu. Boleh la. Member aku ni pun beli gak harddisk macam aku, sama lak tu. Ish... tiru jer. Kekeke. Aha. Kebetulan ja kot, mungkin jodoh. Aarh, tadak la, saja jer. Okeh puas hati skang, boleh la. Pastu aku ajak dia gi Berjaya Times Square, tempat ni pun da lama gak tak masuk, layankan je la. Masuk jap. Ushar2 apa patut sambil jalan2 berbual kosong. Kosong ka, ada la benda2 sket, takan kosong ja. Skang ni time sale rupanya, banyak gila sale sini sana. Sampai ada baju jual RM10, longgok2 ja. Penat jalan2, pastu blah ar. Ni pun aku arasa ada keseronokan dalam kebosanan. Kenapa, coz bosan jer kat Times Square tu, tada la apa2 yang besh pun sangat. Pastu gerak gi KL Sentral makan kat sana. Haha, member aku ni belanja KFC lak. Kekeke. Sedap... nak. Gi la beli sendri. Pas jalan2 KL Sentral, patu balik la. Hari pun da petang ni. OKlah, tq lah ain coz belanja aku. Kekeke. Nanti kita jalan2 lagi yer, hehe. Aku bawak gi tempat2 besh lagi. nak. Pastu aku aku belanja hang lak no. Haha.

Erm skang ni pun kilat da sabung menyabung, guruh saling berdentum. Kuatla tu. Aha, malam ni aku nak gerak gi JB lak. Ada kenduri kat rumah aunty aku kat Kempas. Pastu next week gi kluang lak. Ada cousin aku kahwin kat sana. Erm maybe aku da tak balik KL lagi la pasni, patu terus gerak gi u je coz 28 Dec. da masuk sem baru da pun, ermmmm. Erm sibuk gak yer aku pasni, tak la bosan sangat pasni. Mungkin kot, atau akan menempuh kebosanan yang melampau lak, mana tao benda2 yang kat depan kita kan. Betul tak. Oklah aku pun nak siap2 jap. Len kali jumpa lagi la. Da.... Bye2...

why aku dan blog

Erm buat yang pertama2nyer dlm sejarah aku menciptakan sebuah blog. Yeke sebuah? Ntah whatever lah. Kenapa yer nk wt blog, erm ntah la. Sajer2 kot. Sekadar suke2. Teman di masa lapang kot. Maybe utk menyatakan sesuatu yg x terungkap oleh kata2, mungkin utk menjelaskan sesuatu yang tersirat dan tersurat dalam suatu kehidupan. Arggh apakah yang telah aku merepek ini. Kekeke. Atau sekadar mengisi kekosongan masa yang ada, yang di berikan Tuhan kepada hamba-Nya. Aku tertarik nk wat blog pas aku baca blog member ku ni sorang. Nama dia, BIGONG. Apakah keistimewaan makhluk yang bernama bigong ini. Adakah bigong ini sejenis binatang atau benda atau spesis mamalia yang hampir pupus. Tidak sama sekali, bigong kawanku di sekolah dahulu. Dahulu kala lah, lama gak tu. Kitorang agak rapat dan baik gak lah diktakan. La melalut lak masuk bigong ni. Ermmm. Ok2 nanti la cerita pasal bigong ni. Berbalik cerita kita yang asal tadi. Pas aku baca blog dia, aku pun tertarik nak ada blog aku sendiri. Boleh la dikatakan blog dia ni best gak. Menarik + sempoi jer. Jadi dengan semangat yang tinggi menggunung, maka diciptakankanlah sebuah blog dari aku kepada kamu.

Aha dengan itu, bermulalah kisah ku dan blog. Setiap coretan mungkin sekadar untuk renungan dan kenangan sahaja. Mungkin juga sebagai pedoman hidup kita ke arah yang lebih bertamadun bermaruah. Maka dengan itu, janganlah dikutuk 'blogakulah' ini sesedap orennya jika tidak kena dengan gayanya. Pandangan dan idea2 bernas anda mungkin dapat membantunya. Sehingga bersua lagi di lain kesempatan. DA..... SEKIAN AJE