31 December 2008

new year...new hope....new territory.....new azam???

Hi... erm tinggal lagi lebih kurang 20 minit lagi, aku akan meninggalkan tahun 2008 yang penuh kenangan manis, pahit, payau, kelat, masam, masin. Fuhh... maw kena banyak penyakit aku kalau camni. Seperti tahun2 yang lepas, sambutan tahun baru aku sejak dua menjak beberapa tahun kebelakangan ni seperti x besh sahaja gamaknya. Hanya duduk sahaja, tidak keluar celebrate. Da tak macam dulu2, aku celebrate kat Dataran Merdeka bersama member2 terchenta lagi. Sejak dah masuk asrama ni jarang2 dapat celebrate new year. Lagi pun aku study kat negeri yang tak cuti masa new year, pe lagi negeri JOHOR yang terchenta laa. Per la Johor tak amek cuti new year. Arhh, da policy kerajaan negeri nak wat camni, kita rakyat yang patuh ni ikotkan ajer.

Seperti tahun2 sudah, setiap orang mesti ada azam new year kan. Azam yang hanya akan di patuhi untuk di tunaikan dengan sepenuh hati dan cekal hanya dalam beberapa minggu yang mendatang sahaja. Dan lepas tu azam hanya tinggal azam dan tekad hanya tinggal nama sahaja di sebabkan mungkin kesibukan yang ditempuhi dalam kehidupan sehari-harian. Bagi aku, azam yang aku wat atau nak wat, aku pikir on da spot jer, kalau jadik jadik la......kekeke. Member2 aku tu ada yang azam panjang berjela2 macam nak wat satu buku teks sekolah menegah, tapi akhirnya kuciwa di tengah jalan, yelah tak dapat di tunaikan. Erm, kepala pening sudah la....otak berkecamuk lak, jiwa kacau. Oklah sampai sini la dulu. K.Daaaa.........

30 December 2008

da newest semester starts today

Hi semua, hari ini merupakan hari pertama permulaan semester kedua tahun 2008/2009. Maka dengan secara rasminya aku sudah bergelar mahasiswa UTM wat tahun yang ketiganya. Dan ini bermakna masa permainanku di UTM ini tinggal satu tahun setengah lagi. Adakah segala pengalaman dan sesuatu yang indah telah aku kecapi sebelum2 ini??? Ermm, taktaw lah nak di ungkap dengan kata2. Ada juga yang tercapai dan tidak terlepas juga yang masih belum di tunai dan tercapai. Dengan bermulanya permulaan ini sesuatu yang biasa sahaja bagi aku, seperti lima2 semester sebelum ini juga. Mengikut jadual yang aku salin dari acad malam semalam, kelas pagi ni bermula pada pukul 8.00 pagi. Fuh sesuatu yang janggal bagi aku coz semester lepas satu haram pun tadak kelas pagi, semua start kelas pukul 9.00 pagi dan ke atas. Aku gagah kan jugak lah ke kelas pagi ni, tapi yang tak syok nya pagi ni lab electric. As ussual (betoi ker aku eja, xtaw la...), lab start second week. La ni first week, jadi tadak la. Tapi, acad, tajol, hazwan dah siap2 da nak gi. Aku pun yang da sedia siap ni pun apelagi, pakai stokin pakai kasut, tutup pintu n start motor gi lab.... Hami follow dari belakang. Sampai2 tengok tadak pun coursemates aku yang lain2. Jadi confirm la, tadak lab lagi ni. Takpa, tadak lab per lagi gi breakfast jap kat P19. Roti canai 2 keping bersama segelas air suam menjadi santapan pagi aku hari ini. Kenyang.... Balik2 bilik tadak wat apa2, tidur la sambung balik. Next kelas pun pukul 12.00 tengahhari nanti. Lambat lagi ini. Sempat mimpi sebab-dua ni.

Datang2 kelas tengahari pun tadak lagi kelas. Balik gi lunch lak kat K9. Pukul 2.00 petang nanti ada kelas lak. Seb bek kelas pukul 2.00 ni ada. Kelas PICOM (communications principles). Dengaq jer la lecture. Tak ngantuk lagi pun, yer la da sental tidur pagi tadi. Balik kelas picom, tadak wat apa2 lagi. Lepak2 atas katil, terus belayar jauh2, kekeke. Bangun2 da pukul 5.00 lebih da. Solat asar, layan internet jap sementara tunggu maghrib menjelang.

Pas maghrib lepak2 jer, Syakir datang ajak makan kt luaq plak. Okeh je, perut pun da berkeroncong rock dah ni. Gi makan kat cahaya. Acad, aku, nizam n syakir naik sang kancil kesayangan acad. Balik makan lepak2 atas katil sambil dengaq lagu. Lepak2 bosan, main internet jap. Tiba2 dapat call. Nazri call. suruh tolong amek dia kat luar pintu besaq. Motor dia problem lak. Skru carburator tercabut + hilang lak, kekeke. Gi la tolong member, sapa lagi kan nak tolong. Aku kan baek, ehehe. Balik2 da dekat pukul 12.00 malam dah. Dan sekarang ni pun aku tengah menaip ni. Hehehe. Erm, tu saja la coretan aku tuk hari yang membosan kan ni. Bye2. Daaaaa.......

tahun baru yang baru

SALAM, wat kesekian kalinye selepas sudah begitu lama tidak mengepost dan mengupdates blog gue. Akhirnya dapat gak lah hari ini aku mengepost kembali. Sempena tahun baru - Maal Hijrah 1430H ni. Ambek berkatlah kan orang kata. Ermm, bayak gak la crita2 sebelum ni yang aku tak dapat postkan lah, sedey2. Huhu..huhu.. Semuanya coz tadak internet connection nak wat cane, tadak rezeki. Banyak gak lah peristiwa2 suka-duka yang berlaku sepanjang beberapa minggu kebelakangan ni. Nak cerita semua dak muat eh. Aku ringkaskan jela ek sket2. Pas kenduri rumah aunty aku kt Kempas, JB aritu terus g Kluang lak cousin aku kahwin. Tpi yang sedeynye tu, sehari sebelum dia nak menikah tu, bapa pengantin perempuan merangkap pak long aku telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini wat selama2nya. Sedey. Dah lah esok nak menikah ni, hanya Tuhan saja yang taw perasaannya... Nak wat cane kan, dah ketentuan Illahi, yang pergi tetapkan terus pergi, hanya doa dan linangan airmata ja yang mengiringinya, yang hidup ni kan terus berjuang untuk hidup selagi nyawa di kandung badan. Pas pengkebumian, adalah kenduri arwah sket2. Majlis perkahwinan tetap dilangsungkan. Bak kata orang meraikan majlis dengan kegembiraan dalam kesayuan. Tapi majlis tetap meriah bagi aku. Sehari selepas majlis tu, aku n sedara-mara ku, g Gunung Belumut. Tapi apakan dayanya, dia tutup lak coz renovation lak, aduihh. Jadi terpaksa lah g mandi kat depan sket b4 pintu masuk tu. Tuan punya ladang sawit tu pun da wat jalan masuknya, satu kereta masuk + RM1.00. Ok la tu kan, tadak la mahal manapun. Yela ladang dia pun habis naik jahanam orang berkelah mandi-manda kat situ.

Keesokan harinya lak, family aku g BP lak. Balik rumah atuk aku. Adalah dekat2 seminggu gak duk kat kampung ja. Tak wat pape pun, just melepak2 layan2 suasana kampung je. Hari sabtu lepas barulah aku balik JB balik, family aku balik KL esok coz nak uruskan hal2 persekolahan anak perempuan cik man yang kedua lak. Aku lepak kat rumah aunty aku kat Kempas tu. Esok balik la U. Malam tu lak adik pakcik aku pindah lak. Jadi tolong lah die angkat barang. Rumah dia kat Bandar Seri Alam, nak pindah kat UTM je. Lagipun dia bilal kat Masjid Sultan Ismail (MSI). Petang semalam jer baru aku balik UTM, rehat2 jap n kemas la apa yang patut. Malam lepak kat K9 jap layan bola ngan member ATEAM sambil minum2 berborak2.

Ermm, pas tu tibalah ari ni yang indah sekali. Hari ni aku bangun kul 9.00 pagi. Bosan tadak pe menda nak di buatnya, tu lah yang menaip blog ni. kahkahkah (ketawa sendirian, pelik??) Taktaw la nk wat pe ari ni, nak study buku tadak, nak tngok cerita malas lak, jadi kesudahan nya melepak2 sambil tergolek terlentang atas katil la jawabnya. Kekeke. Tengok la naik tengahari kang ajak la member2 g kuar ker g mana2 ke. Ntah no plan yet. Dahlah tu merepek. maw mandi-manda la. K. Bye2

16 December 2008

engineer gaduh ngan doktor?

Ermmm, tadak apa2 yang aku nak ceritakan sangat la. Dalam dua tiga hari ni aku sibuk sket tu yang tak sempat post tu. Mula2 start hari jumaat, sabtu and ahad aritu. Aunty aku ada wat kenduri, anak die bersunat. Besar2an gak la kenduri tu, aku pun sibuk la tolong wat ape yang patut. Tapi bukan tolong tengok je taw. Penat gak siot, tolong. Da la aunty aku wat dua round kenduri die. Petang kaum2 wanita n hawa jer. Malam lak, kaum2 lelaki. Mau tak kelam-kabutnyer. Sibuk + kelam-kabut gak la gamaknyer. Da la byk gak lauk-pauk nyer. Macam2 la. Banyak nak disebut kat sini. Tak yah la kan. Kekeke.....

Tadi aku ader baca kat satu buletin kat friendster. Member aku post, aku baca cam best jer, benda tu bunyinyer lebih kurang camni la.....

Doctor VS Engineer

M: Medical E: Engineer

M: they memorize every inch of the book

and write the same thing on exam

paper.

E: they understand every inch of the

book, table, graph. and refer them

back in exam paper

M: they studied things that discovered

in the past and rarely heard about

improvement.

E: they studied things that discovered

in the past, things that invented

today, things to be done tomorrow, and

improved new things every hours.

M: they studied for large amount of

years, and still at the same level for

years.

E: they studied less amount of years,

and improve skills of level years by

years.

M: they worked to save live.

E: they worked to risk live.

M: they dont have a specific work

schedule. sometimes called in the

middle of the night.

E: its always from 9 am to 5 am.

M: they have a steady salary and

seldomly increased.especially when

they are not specialized.

E: the salary never decreased. it

always increased by years.

M: they didnt have much holidays.

E: they have holidays like others.

M: they seldomly go for outstation

unless there is event.

E: there is always oppurtunity for

outstation, and it is part of the

work.

M: they need lot of people to assist

them for an operation.

E: they assist a lot of people for an

operation.

M: a little mistake is fatal.

E: a little mistake is tolerance.

M: they work with fate and faith.

E: they work with certainty and

confidence.

M: they go home with chemical odor.

E: they go home with human odor.

M: they have to deal with mental,

social, and emotion.

E: they only deal with physical.

M: they work with equipement engineer

develope everyday.

E: they seek for medical for healthy

severally.

M: medic student only go for certain

field and rarely have a chance to do

something differ from what they

specialized for.

E: engineer can do a lot of thing

for example they can get involved in

various type of engineering.

now do you think which profesionalism

is COOL?

Ha best tak. Kekeke. Creditted to member aku, Faris. Coursemates aku jer kt u. Sem lepas aku ada belajar pasal Professional Engineering Ethics taw, ada la cakap2 pasal engineer ni. Pandangan society terhadap engineer la kan. Kat dalam lecture notes tu, dia cakap engineer ni pekerjaan susah la, tak glamor la. Yang glamour doctor, lawyer, accountant and so on la. Tapi pas baca bulletin member aku post tu, hehe. Berbeda sket kan persepsinyer. Kekeke..... Rasanya tadak apa2 lagi la nak aku cereta kan. Namti2 la aku ceretha kan macam2 lak. Ok. Da.... Bye2

11 December 2008

keseronokan dalam kebosanan

Hahaha. Apakah yang nak aku katakan di sini adalah seronok betullah cuti ni, tak yah wat assignment, takyah la ank study2 ker. Tapi dah lama, ada rasa bosan lak kan. Maybe lama sangat atau maybe aku tak wat apa2 yang berfaedah kot. Aha mungkin la kot agaknya. Tapi aku dah wat da kerja2 yang berpekdah ni. Contohnya tidur, makan, jalan2, melepak2, keluar2, tengok movie+tv dll la. Apa tak berpekdah lagi ker benda2 yang aku wat tu. Ntah la. Taktao.

Hari ni jer, aku bangun pun matahari dah nak cecah tegak kat atas kepala da. Ntah malas giler nak bangun, pas subuh jer terus continue tidur balik. Sedap pa, tidur waktu2 pagi camtu, fuhh layanz. Lagi pun, aku penat giler coz semalam da jalan2 gi kl. Sakit giler kaki gi jalan2. Tu yang kena rest giler2 sket tu. Hahaha. Semalam aku gi la temankan member aku ni sorang g Low Yat. Beliau nak cari harddisk katanya. Aku pun set jerlah, tanpa membantah dan berfikir panjang berjela. Almaklumlah, aku pun da lama gak tak gi tempat tu, dapat gak ar aku usha2 benda2 baru ker. Nak tambah2 gadget baru ker nanti. Last2 pas survey2 price, aku pun terbeli gak harddisk. Ingatkan nak keluar temankan dia jer, pastu aku pun sangkut ikut beli gak. Kekeke. Argh, takpa la, aku pun tadak harddisk lagi, asyik pinjam orang ja kat u nanti. Beli jer ar. Maka dengan segala hormatnya, melayang la RM200++ aku semalam dek kerana harddisk sebesar tapak tanagn ni. Huhu. Sob..Sob.. Dak aku tak nangis, tapi sedih ja. Ingatkan duit tu nak wat benda len. Tapi takpa pasni, banyak ar benda yang aku leh stored dalam harddisk tu, da beli pun 250GB. Banyak ka, bagi aku bese jer tu. Boleh la. Member aku ni pun beli gak harddisk macam aku, sama lak tu. Ish... tiru jer. Kekeke. Aha. Kebetulan ja kot, mungkin jodoh. Aarh, tadak la, saja jer. Okeh puas hati skang, boleh la. Pastu aku ajak dia gi Berjaya Times Square, tempat ni pun da lama gak tak masuk, layankan je la. Masuk jap. Ushar2 apa patut sambil jalan2 berbual kosong. Kosong ka, ada la benda2 sket, takan kosong ja. Skang ni time sale rupanya, banyak gila sale sini sana. Sampai ada baju jual RM10, longgok2 ja. Penat jalan2, pastu blah ar. Ni pun aku arasa ada keseronokan dalam kebosanan. Kenapa, coz bosan jer kat Times Square tu, tada la apa2 yang besh pun sangat. Pastu gerak gi KL Sentral makan kat sana. Haha, member aku ni belanja KFC lak. Kekeke. Sedap... nak. Gi la beli sendri. Pas jalan2 KL Sentral, patu balik la. Hari pun da petang ni. OKlah, tq lah ain coz belanja aku. Kekeke. Nanti kita jalan2 lagi yer, hehe. Aku bawak gi tempat2 besh lagi. nak. Pastu aku aku belanja hang lak no. Haha.

Erm skang ni pun kilat da sabung menyabung, guruh saling berdentum. Kuatla tu. Aha, malam ni aku nak gerak gi JB lak. Ada kenduri kat rumah aunty aku kat Kempas. Pastu next week gi kluang lak. Ada cousin aku kahwin kat sana. Erm maybe aku da tak balik KL lagi la pasni, patu terus gerak gi u je coz 28 Dec. da masuk sem baru da pun, ermmmm. Erm sibuk gak yer aku pasni, tak la bosan sangat pasni. Mungkin kot, atau akan menempuh kebosanan yang melampau lak, mana tao benda2 yang kat depan kita kan. Betul tak. Oklah aku pun nak siap2 jap. Len kali jumpa lagi la. Da.... Bye2...

why aku dan blog

Erm buat yang pertama2nyer dlm sejarah aku menciptakan sebuah blog. Yeke sebuah? Ntah whatever lah. Kenapa yer nk wt blog, erm ntah la. Sajer2 kot. Sekadar suke2. Teman di masa lapang kot. Maybe utk menyatakan sesuatu yg x terungkap oleh kata2, mungkin utk menjelaskan sesuatu yang tersirat dan tersurat dalam suatu kehidupan. Arggh apakah yang telah aku merepek ini. Kekeke. Atau sekadar mengisi kekosongan masa yang ada, yang di berikan Tuhan kepada hamba-Nya. Aku tertarik nk wat blog pas aku baca blog member ku ni sorang. Nama dia, BIGONG. Apakah keistimewaan makhluk yang bernama bigong ini. Adakah bigong ini sejenis binatang atau benda atau spesis mamalia yang hampir pupus. Tidak sama sekali, bigong kawanku di sekolah dahulu. Dahulu kala lah, lama gak tu. Kitorang agak rapat dan baik gak lah diktakan. La melalut lak masuk bigong ni. Ermmm. Ok2 nanti la cerita pasal bigong ni. Berbalik cerita kita yang asal tadi. Pas aku baca blog dia, aku pun tertarik nak ada blog aku sendiri. Boleh la dikatakan blog dia ni best gak. Menarik + sempoi jer. Jadi dengan semangat yang tinggi menggunung, maka diciptakankanlah sebuah blog dari aku kepada kamu.

Aha dengan itu, bermulalah kisah ku dan blog. Setiap coretan mungkin sekadar untuk renungan dan kenangan sahaja. Mungkin juga sebagai pedoman hidup kita ke arah yang lebih bertamadun bermaruah. Maka dengan itu, janganlah dikutuk 'blogakulah' ini sesedap orennya jika tidak kena dengan gayanya. Pandangan dan idea2 bernas anda mungkin dapat membantunya. Sehingga bersua lagi di lain kesempatan. DA..... SEKIAN AJE