Showing posts with label ceritera rakyat. Show all posts
Showing posts with label ceritera rakyat. Show all posts

13 July 2009

concern atau kamu suka menyebok jer?

Hai, huhu. Penat selepas baru balik dari melepak di CAFE K9. Erm, ops ni bukan K9 yang unit anjing pengesan polis tu ye. Akan tetapi ini adalah Kolej 9. Salah satu kolej perempuan di UTM ini. Dan merupakan salah satu juga tempat kejadian.. hehehe. Kejadian apa, haha. Korang carilah sendiri yer, kejadian ape yang berlaku di K9 itu. Jeng..jeng... jangan biarkan diri anda di selubungi misteri........

Erm, aku nak cakap pasal concern ni eh. Orang Malaysia ni, memang lah, orang2 yang concern and suka mengambil berat antara satu sama lain kan. Betul tak kamu semua, kalau betul angguk kan kepala, patu cakap, betul3x (macam cite upin dan ipin tu..). Tapi kalau dah concern and amek berat sangat sampai menjaga tepi kain orang lain nak buat apa plak kan, sebok jer tu namanyer. Memang boleh menempah satu das tumbukan berkali2 di muka tu. Huhu, tapi yang aku nak cakap kan di sini pasal sikap orang Malaysia ni ar, bab concern and amek berat ni. Ni kalau bab berlaku nyer kemalangan jalanraya di jalan raya or lebuh raya or yang sewaktu dengan nya lah kan. Orang Malaysia ni sangat lah concern kalau berlaku accident ni, dorang yang sedang drive kereta sampai meter kereta dorang dah abes bacaan meter tu, kalau ada accident jer fuh teros drive kereta macam kura2 yang jalan tempang, slow nak mam***. Kura2 jalan tempang camner eh? Ah, abaikan jer la, analogi je tu. Hal ini betol2 jadi kat aku petang tadi sewaktu aku dalam perjalanan ker bandaraya Johor Bahru. Kat fly over jalan Skudai tu ada lah 2 kereta accident, satu kete tu dah terbalik da. Yang aku hangin nyer tu, orang yang accident tu da tadak da, yang tinggal hanya lah kereta2 mereka2 sahaja, akan tetapi yang melihat kan kereta2 tu sangat lah ramai dan drive pon slow2 coz nak tengok accident punya pasal kan. Fuh dah jadi sesak sket da. Patu, jalan pon slow2 ar nak lepas kan dari kawasan kejadian tu. Dah lah aku nak cepat patu jammed sebentar lah plak di situ kan, siot jer. Hah tu lah sikap orang Malaysia, concern tak bertempat. Padahal menda simple jer tapi kekadang tu jammed sampai 2-3 km la punyer jauh coz nak tengok accident punyer pasal kan. Kekadang tu bengang tahap cipanzi coz ye r da drive laju2 ni nak kejar masa and kerja dan nak sampai ke destinasi yang telah dirancang dengan tempoh masa yang di tetapkan. Tapi apakan daya, ada plak accident kat tengah2 highway tu, dah tergendala plan2 yang di rancang tadi. Fuh, sabaw jer la nak nyer kan. Fuh da2 aku da start nak mencarot2 yang bukan2 ni. Erm ok lah. Cukop aku mengutuk orang tuk hari ni, nanti aku kutuk lagi eh. wawawa.. chowz.........(o,O)

06 January 2009

44 pantang larang bagi bakal pengantin, hah? what daaaa................

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

credited goes to http://isuhangat.blogspot.com/

16 December 2008

engineer gaduh ngan doktor?

Ermmm, tadak apa2 yang aku nak ceritakan sangat la. Dalam dua tiga hari ni aku sibuk sket tu yang tak sempat post tu. Mula2 start hari jumaat, sabtu and ahad aritu. Aunty aku ada wat kenduri, anak die bersunat. Besar2an gak la kenduri tu, aku pun sibuk la tolong wat ape yang patut. Tapi bukan tolong tengok je taw. Penat gak siot, tolong. Da la aunty aku wat dua round kenduri die. Petang kaum2 wanita n hawa jer. Malam lak, kaum2 lelaki. Mau tak kelam-kabutnyer. Sibuk + kelam-kabut gak la gamaknyer. Da la byk gak lauk-pauk nyer. Macam2 la. Banyak nak disebut kat sini. Tak yah la kan. Kekeke.....

Tadi aku ader baca kat satu buletin kat friendster. Member aku post, aku baca cam best jer, benda tu bunyinyer lebih kurang camni la.....

Doctor VS Engineer

M: Medical E: Engineer

M: they memorize every inch of the book

and write the same thing on exam

paper.

E: they understand every inch of the

book, table, graph. and refer them

back in exam paper

M: they studied things that discovered

in the past and rarely heard about

improvement.

E: they studied things that discovered

in the past, things that invented

today, things to be done tomorrow, and

improved new things every hours.

M: they studied for large amount of

years, and still at the same level for

years.

E: they studied less amount of years,

and improve skills of level years by

years.

M: they worked to save live.

E: they worked to risk live.

M: they dont have a specific work

schedule. sometimes called in the

middle of the night.

E: its always from 9 am to 5 am.

M: they have a steady salary and

seldomly increased.especially when

they are not specialized.

E: the salary never decreased. it

always increased by years.

M: they didnt have much holidays.

E: they have holidays like others.

M: they seldomly go for outstation

unless there is event.

E: there is always oppurtunity for

outstation, and it is part of the

work.

M: they need lot of people to assist

them for an operation.

E: they assist a lot of people for an

operation.

M: a little mistake is fatal.

E: a little mistake is tolerance.

M: they work with fate and faith.

E: they work with certainty and

confidence.

M: they go home with chemical odor.

E: they go home with human odor.

M: they have to deal with mental,

social, and emotion.

E: they only deal with physical.

M: they work with equipement engineer

develope everyday.

E: they seek for medical for healthy

severally.

M: medic student only go for certain

field and rarely have a chance to do

something differ from what they

specialized for.

E: engineer can do a lot of thing

for example they can get involved in

various type of engineering.

now do you think which profesionalism

is COOL?

Ha best tak. Kekeke. Creditted to member aku, Faris. Coursemates aku jer kt u. Sem lepas aku ada belajar pasal Professional Engineering Ethics taw, ada la cakap2 pasal engineer ni. Pandangan society terhadap engineer la kan. Kat dalam lecture notes tu, dia cakap engineer ni pekerjaan susah la, tak glamor la. Yang glamour doctor, lawyer, accountant and so on la. Tapi pas baca bulletin member aku post tu, hehe. Berbeda sket kan persepsinyer. Kekeke..... Rasanya tadak apa2 lagi la nak aku cereta kan. Namti2 la aku ceretha kan macam2 lak. Ok. Da.... Bye2