08 September 2009

updates........................

fuh lamer giler x updates blog aku ni. hehe, malas la nak updates, ade sesaper yg rajen nk tlg updates kan tak. huhuhu. tapi xder upah ar, aku maner der duet nk upah org. hehehe.

em, di kesempatan ini aku nak mengucakan lah selamat berpuasa kepada muslimin n muslimat sekalian, pose jgn tak pose plak taw. n lagi beberapa minggu ni nak hari raya da, jadi selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin ye. huhuhu. nak duet raye gi la rayer kat umah org. kekeke. em arini juga adelah hari yg bermakna bg aku setelah sebulan berlalu, suatu keseronokan yg tidak tergambar, terima kasih segalanya kepada sesape yg berkenaan. hehehe. k lah , sok aku ader test robotic, chayok2, tatataa.............................................

09 August 2009

betul ke??

Hai, em da lewat pagi da ni huhu. Da ngantuk giler da ni ar, taip aku nk post gak x kire argh. Suka ati aku la. Em penat sih pas balik tampal poster and gantung bunting PESTA KONVO 43. Em, huhu.

Em, betul ke tak ar? Aku pon taktaw, fuhh macam dalam mimpi la plak rasanya kan hehe. Amenda lak ni kan? Hah, em tak de pape ar, just mengarut2 je pepagi buta ni. Huhu. Yang pasti aku tak salah pilih ar, life must go on babeh. Yeahh chayok2. Huhu. Em, suka ke aku? Em ntah ler, tepuk dada, tanya hati. Wahh. K la aku nk g melayan tido. Da ngantuk tahap gaban da ni. Bye2........

05 August 2009

tertanya2??

Hoi, hahaha. Kurang sopan kan. Arh, suka ati aku la, nak buat ape, kau sbok wat pe. Huhu. Em banyak benda kan yang buat kekadang aku tetanya2. Apakah jawapan nya?? Bagaimanakah nak mencari jawapannya?? Dan macamanakah bentuk jawapannya?? Kan2. Mesti korang pon kekadang ada tertanya2 jugak kan. Kan2, betol tak, betol tak.

Kekadang aku naik bosan dengan segala pertanyaan2 tu. Kenapa sebab kadang2 jawapan nya susah gila nak dapat and cari kan. Dan bengang kalau jawapan tu yang tak memuaskan hati, wahh. Huhuhu. Tapi korang mesti tertanya2 kan apa benda yang buat aku tertanya2 ni kan huhuhu. Em, pasal palajaran r, korang mesti pikir lain2 ni, huhu. Banyak siot, pasal pelajaran yang buat aku tertanya2.... nak tanya???????

04 August 2009

siapakah aku?

Hai, da lama sih aku tak menaip dalam blog ni. Em, aku malas sebenarnya nak menaip pon. Lagi satu, sebab buzy sket kot. Hehehe, buzy la sangat kan. Kan2... Hahaha. Em, kadang2 kan aku terfikir and termenung sesorang kan, siapa eh aku sebenarnya ni kan? Aku kadang2 bingung jugak la kan memikirkan nya. Adakah aku seorang manusia yang ingin kan segala keseronokan hidup totally nya. Fuh mungkin tidak, adakah aku seorang manusia yang selalo alpa dan lalai dengan segala2 nya? Ada sedikit kot walaupon tidak sepenuhnya. Atau adakah aku manusia yang hidup menumpang di bumi Tuhan ini yang ingin mencari ketenangan dan bekalan untuk masa hadapan agar diri tidak kosong dengan sesuatu?

Akan tetapi untuk mencari segalanya itu perlukan kesabaran dan kecekalan. Hanya yang cekal, sabar dan tabah yang mendapat nya. Tetapi jika kita tidak tabah, cekal dan sabar, kita akan mencari sesuatu untuk membantunya. Seperti contohnya kita mencari seseorang untuk meluahkan perasaan kan. Wahh. Huhu, tetapi jika kita mahukan pertolongan, minta lah secara berhemah dan sopan. Jangan lah dibiarkan orang yang ingin membantu itu kadang kala tertanya2 di tengah jalan akan masalah yang kita hadapi kan. Sebenarnya tanpa kita sedari, jika itu berlaku, kita sebenarnya secara tak langsung telah memberikan masalah itu kepada orang tersebut. Huhuhu, kesian kan orang itu kan. Terseksa taw orang itu taw. Huhu...

Dan jika kita bermasalah dengan orang di sekeliling kita, kita haruslah bijak menangani ni. Ibarat kita menarik benang dalam tepung, benang tak putus, tepung tak berselerak kan. Begitulah juga, jika kita bermasalah dengan orang lain. Jangan lah semua orang hendak di jadikan mangsa kan, kita ada otak dan akal fikiran jadi berfikirklah sendiri eh. Huhuhu.

Eit, apa sebenarnya yang aku dah melalutkan ni eh. Arg, aku pon tak taw sebenarnya, aku taip ikot sedap hati jer. Nak taip, taip jer, apa terlintas aku main taip jer. Orang cakap sekadar mengisi masa lapang kan. Hahaha. Dan sebenarnya aku nak bagitaw, aku telah tergolong dalam orang yang telah aku taip dalam perenggan yang kedua tadi tu. Tulah, aku kekadang terfikir kan siapakah aku yang sebenarnya kan? Adakah aku tempat untuk orang mengadu nasib atau just cakap2 kosong kat aku sehingga aku ternganga sesorang memikirkannya. Itu lah pasal kan, tapi aku terima je la. Nak dibuat bagaimanakan. Kita mahu juga menolong, akan tetapi kita kekadang tidak ditolongkan. Em, apakah ini kan? Ah?? Huh pening2 kan2. Dah start merepek dah aku ni. huhu. Ok lah, malas la nak mengarut merepek lagi sih. Bye2.... daaa

19 July 2009

penat dan malas?

Huh, arini aku sungguh penat dan malas nampaknya. Penat kerana siang tadi jaga checkpoint xplorerace Jom Jelajah Johor (PRESTIC 2009). Then dah jaga hampir setengah hari, maka penat lah badan. Dah penat tu, timbulllah pulak perasaan malas. Hahaha, malas nak wat sume kerja2 nak melepak je kerjnya. Hoho. bye malas ar..........huhuhu

16 July 2009

mengapa?

Mengapa... adalah suatu persoalan yang diutarakan apabila seseorang itu ingin mengetahui sesutu yang ingin dia ketahui. Mengapa itu terjadi? Hah kan dah terutaranya suatu persolan mengapa. Hahaha, mengapa ini terjadi pulak? Hah, aku pon tak taw la sebab apa. Mengapa, dimana, apakah, bilakah, boleh kah, itu kah, ini kah, and last sekali kahkahkahkah.... Erm, ini adalah merepek sungguh. Wawawa, suka hati kau lah nak merepek ke apa. Arh, abaikanlah semua itu. Malas lah maw dilayan. Menagapa ini semua terjadi? Hah. mengapa???? Jawapan kita tunggu sebentar lagi, wawawawawa................................ Huhu, aku nak sambung sket ar pasal tajuk ni, Erm, mengapa? Mengapa eh?? Hehehe, pernah tak korang terfikir mengapa kan tak semua kerja2 kita tu kadang2 dihargai oleh orang sekeliling kita kan. Dorang tau nak kerja siap jer, on time. Tapi kan ada dorang kesah tak camne kerja2 tu dapat disiap kan, even susah payahnya hendak menyiapkan sesuatu kerja itu. Ada juga yang sampai bergadai nyawa even untuk menyiapkan dan memuaskan kerja2 tu kan. Ini tidak kadang orang di atas itu suka memerintah sahaja tanpa memikirkan kepentingan dan perasaan orang2 yang di bawah nya ni bekerja untuk nya. Ingatlah sikit, yang di atas tidak selama nya di atas senang lenang kan. Dan yang di bawah bukan lah hamba abdi yang perlu di jadikan kuli. Oleh itu, hormatilah yang di bawah jika di atas mahu dihormati. Dan sebaliknya. OKei

15 July 2009

oliee-day, walla....

Huh, ari ni aku holiday satu hari dengan gumbira nya. Nye la, hari ni takda class satu hari suntuk, apalagi, duk kat bilik berehat sakan la gamaknya. Hahaha, hari ni aku pon tak buat apa2 la. Just lepak2 kat bilik jer, fuh sungguh membosan kan yang amat. Nak gi keluar jenjalan amat lah malas, jadi kesimpulannya just membuta je la. Herm, sebenarnya kerja banyak je yang perlu dibuat akan tetapi sifat malas telah merajai diri, hahaha. Nanti la dulu, buat sikit2 pelan2 lama2 siaplah tu kan, hehehe. Erm, semalam aku gi meeting Pesta Konvo 43 kat Dewan Senat. Fuh tak sangka la plak aku jadi ajk nya buat dua kali berturut2. Kali ni portfolio aku lain sikit berbanding Konvo 42 yang lepas. Kalau Konvo lepas aku di Unit XTVT, dan kali ini aku di Unit Publisiti plak. Huh, besh ke? Hah, we wait and see the result eh. Itu pon aku join kali ni sebab ada orang yang ajak aku, kalau tak, aku memang tak nak join pon, nak tumpu menda lain plak. Habis da orang ajak kan aku pon tak mau la mengecawakan orang kan, tak baek taw. Nanti Tuhan marah taw. Hehehe. Erm, dalam Pesta Konvo 43 kali ini, aku dapat lihat lebih daripada 60% ajak nya terdiri daripada kaum2 Hawa. Fuh, nampak nya di manakan kaum2 Adam sekalian ni menghilang ye? Kalau Konvo 42, die balance la sket daripada segi jantina ni, tapi kali ini amatlah berbeda eh. Huhuhu, mungkin ada hikmah disebalik benda2 ini semua kan? Siapa tahu, huhhu. Oklah aku nak buat kerja lain la. Ye la, dah seharian membosan kan diri di bilik kan. Hehehe. OK

14 July 2009

sesekali aku teringat babak 1...

Hai, huhuhu.. Erm, ape eh yang aku teringat, huh aku pon da lupe ar. Erm tak pe2 nanti, bila2 aku bagi taw ar eh. Ok tu je la... hehehe

13 July 2009

concern atau kamu suka menyebok jer?

Hai, huhu. Penat selepas baru balik dari melepak di CAFE K9. Erm, ops ni bukan K9 yang unit anjing pengesan polis tu ye. Akan tetapi ini adalah Kolej 9. Salah satu kolej perempuan di UTM ini. Dan merupakan salah satu juga tempat kejadian.. hehehe. Kejadian apa, haha. Korang carilah sendiri yer, kejadian ape yang berlaku di K9 itu. Jeng..jeng... jangan biarkan diri anda di selubungi misteri........

Erm, aku nak cakap pasal concern ni eh. Orang Malaysia ni, memang lah, orang2 yang concern and suka mengambil berat antara satu sama lain kan. Betul tak kamu semua, kalau betul angguk kan kepala, patu cakap, betul3x (macam cite upin dan ipin tu..). Tapi kalau dah concern and amek berat sangat sampai menjaga tepi kain orang lain nak buat apa plak kan, sebok jer tu namanyer. Memang boleh menempah satu das tumbukan berkali2 di muka tu. Huhu, tapi yang aku nak cakap kan di sini pasal sikap orang Malaysia ni ar, bab concern and amek berat ni. Ni kalau bab berlaku nyer kemalangan jalanraya di jalan raya or lebuh raya or yang sewaktu dengan nya lah kan. Orang Malaysia ni sangat lah concern kalau berlaku accident ni, dorang yang sedang drive kereta sampai meter kereta dorang dah abes bacaan meter tu, kalau ada accident jer fuh teros drive kereta macam kura2 yang jalan tempang, slow nak mam***. Kura2 jalan tempang camner eh? Ah, abaikan jer la, analogi je tu. Hal ini betol2 jadi kat aku petang tadi sewaktu aku dalam perjalanan ker bandaraya Johor Bahru. Kat fly over jalan Skudai tu ada lah 2 kereta accident, satu kete tu dah terbalik da. Yang aku hangin nyer tu, orang yang accident tu da tadak da, yang tinggal hanya lah kereta2 mereka2 sahaja, akan tetapi yang melihat kan kereta2 tu sangat lah ramai dan drive pon slow2 coz nak tengok accident punya pasal kan. Fuh dah jadi sesak sket da. Patu, jalan pon slow2 ar nak lepas kan dari kawasan kejadian tu. Dah lah aku nak cepat patu jammed sebentar lah plak di situ kan, siot jer. Hah tu lah sikap orang Malaysia, concern tak bertempat. Padahal menda simple jer tapi kekadang tu jammed sampai 2-3 km la punyer jauh coz nak tengok accident punyer pasal kan. Kekadang tu bengang tahap cipanzi coz ye r da drive laju2 ni nak kejar masa and kerja dan nak sampai ke destinasi yang telah dirancang dengan tempoh masa yang di tetapkan. Tapi apakan daya, ada plak accident kat tengah2 highway tu, dah tergendala plan2 yang di rancang tadi. Fuh, sabaw jer la nak nyer kan. Fuh da2 aku da start nak mencarot2 yang bukan2 ni. Erm ok lah. Cukop aku mengutuk orang tuk hari ni, nanti aku kutuk lagi eh. wawawa.. chowz.........(o,O)

damn..... heaven or hell?

Hahaha, pagi ni yang entah kenapa kah aku dah terbangun and terjaga lagi di awal2 pagi ini. Mungkin ada orang yang tolong kejutkan, erm ye kot, thanks eh sapa yang rasa dirinya mengejutkan aku di pagi2 hari tadi, huhuhu. Tapi sebenarnya dah sedar awal dah just malas gila je nak bangun pagi2. Huh, siot sungguh la, dah la tido lambat malam tadi, patu bangun plak di awal2 pagi buta. Fuh, seb baek hari ni kelas aku bermula jam 11:00 H nanti, patut nyer ada lab tapi lab seksyen 3 la. Hahaha, tapi tak taw la ada lab ker tak der this week kan. Fuh, melihat kan time table aku untuk hari ini. Heaven sungguh, kelas bermula 11:00 berakhir 13:00 patu petang blank, kosong tadak kelas. Adakah ini yang di namakan heaven, erm mungkin tidak kot untuk minggu2 yang bakal menjelang tidak lama lagi tu. Huhuhu..........

Oho, kenapa damn, coz pagi2 lagi aku da nak mencarut kat printer aku ni ar. Ye la da lama tidak berkhidmat kan, die nak wat hal plak tu. Print jer ok boleh ar, tapi gambar macam harem. tak memuaskan nafsu btol la. Hah nafsu?? Hehehe, tidak tak memuaskan hati btol la. Huihuihui. Erm, aku dah try sedaya upaya ni tuk mengembalikan keadaan printer aku ke keadaan yang normal macam dulu kembali, wawawa. Ok la doakan printer aku sihat eh, jangan asyik dok nak meragam jer kerja nya kan, cepuk kang dia kang baru die taw kan, Hoooooho. Ok bye............

suatu permulaan...

Hahaha, masuk jer hari ni bermula kehidupan ku sebagai seorang pelajar tahun akhir. Huhuhu, dah tahun akhir dah ruper nyer aku ni. Wawawa, sekejap je kan masa berlalu meninggalkan kita semua tanpa banyak berbicara. Erm, rasanyer macam baru semalam je aku menjejakkan kaki di bumi bertuah Skudai ni, wah tup2 sekarang dah nak habis dah pengajian aku. Erm, nampaknya akan banyak lah kerja2 aku yang akan datang ini. Akan tetapi bila di teliti semula jadual yang aku salin sebelum cuti dulu. Wah, heaven gila lah timetable dak final year ni. Lompong2 banyak nya. Hahaha, jangan ingat lompong2 itu aalah masa2 bergumbira bersuka ria shaja. Ingat2 lah awak tu dah final year. Kenapa eh, kalau dengar jer term final year, ramai cam gerun n gementar jer rasanya. Tak terlepas juga aku lah salah seorang nyer. Huhu, maybe dah final year ni ada projek la, lab la, apa la, n macam2 alh kot agaknya kan. Erm, kita wait and see dulu apa yang akan berlaku sepanjang final year aku ni nanti. Sama2 kita nanti kan yer. Tungguuuuuuu ceritera untuk masa hadapan daripada aku kepada kamu yer. Ok, SEE U next time. Chowz...........

11 July 2009

i will miss u........

Haahahha, sape plak yang akan aku rindu ni kan. Wawawa, timbul satu pertanyaan di benak korang kan. Actually, aku akn rindu ngan tempat practical aku la nanti, Texas Instruments Malaysia. Hahahha, hui pas ni da tak boleh ar nak masok kat Texas tu sesuka hati jer kan. Erm, banayk menda yang aku belajar kat company tu, lots of things la. Semalam, last day aku kat TI, balik jer da pukul18:45 H. Fuh, siot jer aku antara orang yang lambat balim ar time tu. Banyak menda yang nak kena settle kan dulu before blar camtu jer. Fuhh, sedih jugak aku nak blar dari TI ni. Selama 9 weeks kat sini, huh macam2 ar. Hehehe, macam2 tu macam ape. Ntah la, aku nak bagitaw pon tak taw. Kahkahkah, nanti2 la kot. Aku bagitaw sket2. Huhu, ok la aku nak pack barang2 aku ni. Petang kang kol 17:30 H da nak gerak g JB lak. Ok chowz... c u guys.. :)

10 July 2009

last but not least.............

Hi, today is my last day practical in Texas Instruments Malaysia. Wawawa, I'm gonna missed all the things that I've learned and gained in there. So sad la, huhu. But actually I'm so happy to leve this company. Why, because I'm will be final year student. Hah? Lol da final year ke, aku ni? Hahaha, wah bayak la kerja aku bila balik university nanti kan. Ngan projek nyer lagi, lab lagi, study alagi and so many things to do la. But tak pe2 relax jer. Hidop mesti relax kan, wat2 tenang jer. Hahahaha. Ok la Bye.........

zaman air batu kali ketiga...




wawawa... syok giler malam ini, aku bersama2 member2 aku nmpk nyer telah memfree kan diri kitrg tuk masuk ker dlm panggung utk duduk makan pop corn sambil menogak air coke yang begitu sedap sekali sambil layan gelak gila b*b* yang tak hengat dunia dengan menyaksikan aksi2 kelakaw sang2 binatang2 and hewan2 yang cumil2, lawak2 n ganas2. Hahahaha, wah sungguh panjang berjela nampak nya ayat aku kali ini, huhuu. Erm, nak di pendekkan. Sebenarnyer pas balik kejer hari ni, aku, qirin, sunn gn aisyah telah pergi membawa diri kedalam wayang gambar. wawawaaa, kitrg telah pergi menonton 'zaman air batu ke-3: subuh dinosaur' hahaha tajuk pon da kelakaw da, tengok citer nyer lagi fuhh lagi la nak pecah perot hahaha. ok la certa ni, aku recommend ar kat saper2 yang nak layan2 lepas2 kan tension2 tu sambil bergelak2 terbahak2 kan. Its good babe. Seriously...

Erm ok habis da wawa gelak2 ketawa. Hahaha, hari ni gak merupakan 2nd last aku kat TIM. Korang taw tak ape mende tu TIM, tak taw cari ler sendirik eh. wawaa. Maksudnyer, esok means Jumaat 10 July 09 adalah hari terakhir aku kat sini, wah. Genap 9 minggu aku berpractical kat Texas ni, fuh sekejap siot rasa nyer. Rasa macam baru jer semalam aku reporting kat Texas ni kan,. Itulah masa, berlalu dengan begitu pantas sekali. Seperti yang aku pernah katakan dalam post sebelum ni kan.Huh, hari ni jugak kat opis tadi ader fare well aku huh. Haruslah orang yang nak quit itu dibelanjakan. Hehehe, mmg culture kat TIM ni camtu, org yang nak blah tu akan dibelanja oleh supervisor nye la. Heheh, mesti la suke kan pabila dibelanjakan. Kekekeke, masa fare well aku hari ni, supervisor aku bwk g makan kat pizza hut la pulak. Fuh, ok la. Lagi pon da lama gak tak makan pizza tu. Rezeki hari ni la katakan. Kekekee. Tak taw nak cakap aper lagi, tu jer kot tuk hari ni. Ok lah, jgn luper eh tengok cerita zaman air batu tu, syok tu. Tergelak2. OK

08 July 2009

kisah masa dan aku, kamu mahu juga ke?

Erm, hai. Harini aku tersampai awal lak kt tempat kejer, kul 8 da sampai da. Huh, sementara tak wat pape ni, aku amek peluang conteng2 kat blog jap ar. Fuh, masuk harini, aku nhanya tinggal lagi tiga hari sahaja lagi untuk menamatkan tarining aku kat TIM ni. Argh, means next wekk aku akan bergelar final year student ar ni, wawawa... tak mo, tak mo. Aku nak jadik 1st year student, besh boleh main2 dengan girangnyer tanpa perasaan ketakutan dibelenggu kerja2 yang banyak. Erm, apa bioleh buat, masa berlalubegitu pantas meninggalkan kita semua kan. Ia tidak boleh diulang ataw diundur kembali ke belakang semula even satu detik pon. Masa tetap kan pergi berlaalu dengan amannya, kita jer yang tak aman2 bila masa berlalu ni. Macam2 hal yang boleh terjadi kan. Adoiii. Lagi 3 hari ni, tapi report LI aku masih lagi di awang2an dan barang masih lagi berserak2an di dalam bilik tu. Fuh, jenoh nak kemas and gather balik all my stuffs tu after 9 minggu menjadi penghuni teteap bilik aku. Fuh, tak per sejarah da terbukti yang aku memang "last minutes person" even dalam mostly semua hal la. Study ke, kerja ke and anythings ar. Tapi kekadang tu ada gak yang cam harem tak mencapai tahap memuaskan, al maklum la, last minutes punyer works kan. For me, masa itu wang dan wang itu masa. Tapi itu falsampah businessman and apa2 ynag berkaitan dengan ekonomi lar dowh. Habis ko nak suruh aku cakap apa fasal masa? Ahh, masa adalah pedang, kalau kita tersilap sikit habis la kena pancung dengan pedang tu. Habis kalau pedang tu tumpul cane lak? AR, terseksa la jadi nya sebab tak dapat pancung orang, wawawa. Da merapu merepek da ni. Ok la. Bye..bye..\('0')/

new life....

Hai... da lama aku tak post kat blog kesayangan aku ni kan. Cian die, tadak sape amek peduli, wawawa. Touching giler. Erm, actually aku tak da apa pon yang nak dikongsikan sangat pon, tapi hari ni aku da tauch-up sket background blog aku ni bagi nmpak menarek sker, warna-warni lagi tu. fuhhh. Ok lah tu sebagai permulaan. Erm, skang ni aku tinggal lagi 3 hari sajer tuk menamatkan industrial training aku kat Texas Instruments tu, waaa life so short la. Cepat giler masa berlalu, rasenye macam baru semalam jer aku lapor die kat company tu. Tup.. tup tinggal beberapa hari saje lagi nampaknyer kan. Hermm, cedeynyerrr.. Wawaawaaaa..... T_T Ok lah tu jer kot yang aku nak post, nanti ader citer2 yg besh2 aku gtaw ar eh.. Ok

31 May 2009

i.m back, hulala.......

SALAM, aku kembali semula selepas sekian lame mnyepikan diri mmendam perasaan, melayan jiwa, mengelamun d angkasaraya, fuhh mengarut lah. kekeke. huhuhu.... da lame rupenye aku x updates kan satu2nya blog aku ni... bknnye xder certa yg nk di contengkn d sni, cuma malas n x der kesempatan jer r nk conteng2, huhuhu.... ni pon aku tlis pon sbb tgk da lme sgt da x tertulis certa2 kn.

erm, ok fistly pas sekian lmer mnyepi aku ckp bout my life r ek. skunk ni pon my life beser2 jer r, xder r yg extravaganda da bomb sgt pon psl my life. skg ni aku berpractical kt TEXAS INSTRUMENTS MALAYSIA SDN. BHD. korang taw d mana? hah compny tu kt ampang, dekat2 gn AU2 keramat. jauh tu nak pegi tu, aku pon ulang-alik tiap2 isnin to jumaat g saner dgn menaiki kenderaan kegemaran ramai la. apelagi klw bkan LRT and bas rapi KL la. dorg berdua ni r yg bersusah payah berhempas pulas menghantar aku ke tempat keje tiap2 pagi taw. kecian dorg tu huhuhuhu. actually practical aku ni pon mcm keje gk sbnrnyer, ye r. kt stu aku kne wat gk kejer2 mcm org yg da bekerje r, bkn belajar je. but still kne blajr gk r kt stu. ye r sumer yg ader kt stu kbnyakannya mender2 bru yg tidak pernah ade dlm silibus pelajaran aku kt UTM. yg ader pon just bout der basic jer. byk gk yg aku kner bljr n taw r n masterkannya sekali, huhuh. bg aku setiap hari di TEXAS merupakan pembelajaran yg baru utk aku.

setakat blog aku ni d tulis, aku da masuk 3 mggu da bekejer di TEXAS tu. huhu. skjap jer kn mase berlalu gn pantas nyer. tup tap tup tap, pejam celik pejam celik, mkn tido mkn tido. kite x sdr sbnarnyer maser berlalu bgtu pntas mnggal kn kite yg keseorsng menempoh hari2 yg mndtg. esok ni isnin, da masuk miggu ke-4 da aku practical kt ctu. erm dan ini bermakna sudah semakin dekat untuk lecturer FKE untuk dtg mlwat student2 nye berpractical di company2 sluruh negara. huhu, cmner nk soh dorg dtg ni. aku dak taw r procedurnyer, huhuhu nti r tnyer mmber cmner.

bsok juga bermaksud akan dtg bulan baru dlm thun ni iaitu bulan JUNE 2009. huh, da dkt stgah taun rupernye dlm taun ni kte da mnggalkan alam 2008. erm dlm 6 bln keblkng ni, byk r pengalamn, peristiwa yg besh2 berlaku dlm hidop aku. manis, pahit, masam, gembira, sedih, duka, kuciwa, marah, nangis, dan x happy sumernye bercampur2 utk mnjdikan dri aku sbg seorg insan yg pnuh gn pengalaman hidop yg pelbagai. tq pengalamn2 tu sumenyer. pengalamn2 tu gk r yg mngajar kite utk tros hdop d muka bumi ALLAH ni dgn sehabis sempurna jika di izinkan-Nya. ia juga mngajar kite utk jd lbih baek dr sebelum2nya dan juga mmatangkan kite dlm hdop.

erm, rsernye ckop dlu r tuk kli ni, good for the coming back. k daa............:)

09 February 2009

malas vs tak der masa (ye ker kamu nih????)

SALAM, bertemu kembali selepas sekian lama menyepi dalam arena blogging ni. Erm, aku sibuk giler ar dalam bulan lepas n awal2 bulan ni. ni pun aku nak post sebab tengok blog da lama jer kosong dari coretan kreative tangan aku nak menari2 atas keyboard laptop aku ni. huhu. sedihhh.... erm itu satu hal, xder masa. Lagi satu hal, aku plak jenis yang pemalas gak la orang nyer. Tapi pemalas2 aku pun semua kerja2 penting aku siap taw. Assigment n whatever la. On time lagi tuh, xpernah tersasar lagi. n kelas pun aku tak pernah 'tuang' lagi. 100% attendances full yer.ooo itu lah diriku yang sebenarnyer. Malas2 dalam kerajinan yer. Erm nak cakap per lagi yer.. NO idea la skunk nih. OK lah sampai sini dulu kot. Kiter bertemu lagi nanti. TATATATA.......bye daaaa.............

14 January 2009

i got da place for industrial training... hoyeahhh!!!

13 January 2009

menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi hantu???

u

12 January 2009

ateam frenz n family '09, adakah aku suda berfamily?????

wat entry dlu la, x lrt r nk taip, nti dulu deh

11 January 2009

kekangan masa......

Lama dah gak aku tak update blog aku ni. Erm, semua ni disebabkan kekangan masa la. Yelah almaklum la, sebagai student U, korang mesti la taw kan cane.. life didalam nya. Tak taw la, kalau korang dak2 U wat pergi kuliah, balik kuliah, makan, tidor. Itu jer kerja korang. Tak besh betul, no challengge la. BUHSAN jer......

Hah, dalam minggu ni banyak giler sebenarnya ceritera2 besh yang berlaku dalam life aku. Waaaa. Tapi tak sempat la nak tulih kat sini. Wawawaa. Hari ni pun pagi kul 8.00 pagi kang aku da ada program da. Fuhh, pagi2 buta tu bai, yang org2 sedap2 dibuai mimpi indah. Kita lak pergi program, anyway aku tak kisah pun. Lagipun program kelab aku pun, sapa lagi maw support kelab kalau bukan kita2 ni. Program tu diberi nama "ATEAM FRENZ n FAMILY '09". Masuk ni da 3 season dah keudara, sejak 2006 lagi. Aku seperti biasa tak pernah miss 2 season sebelum ni. Kekeke....besh wa cakap lu. Yer ar, time ni la. Kitorang nak main game budak2 sekolah tadika yang macam kanak2 riang Ribena tu nanti. Kahkahkah... ok tunggu n saksikan lah cane lak untuk season 3 ni. Mungkin lagi besh kot, hehehe.

Erm, cane la aku boleh terjaga awal pagi ni. 6:30 pagi dah bangun dah, pelik. Padahal alarm pertama aku pun belum berkokok lagi, aku dah bangun dah. Impressive, progressive. Hehehe, padahal malam tadi tidur pukul 3:15 pagi tu. Tapi skang ni dah tak ngantuk dah, segar lak. Kalau tak, mesti aku dah lena balik dah ni. Maybe, coz nak main game untuk frenz n family kot ari ni. Semangat sket. Tambahan pula, cehhhhh, semalam dah la siang aku pergi kenduri kahwin abang dak Amin kat Kota Tnggi. Pastu malam, ada meeting 1st KONVO 42 sampai kul 12:00 tgh malam lak tu. Huhuhu, pastu balik wat bungkus kerepwk lak sampai kul 2:30 pagi. Nlast but not least, cesss. Bersms sampai 3:15 pagi, tu pun aku tak sedar ntah biler ntah aku tidor. Bangun check msg pagi2 last msg kul 3:15 pagi. Aku assume tidor masa tu lar. Kekeke, jangan mara yerr. Okehla, sampai sini dulu ar rasa nyer. Nanti kalau ada ceritera2 menarik, gue poast kan lagik yer. OK. Daaa.....

07 January 2009

hari penuh cabaran..........

Semalam start hari kedua training aku bersama budak2 a-team ni. Semalam jer kitorang just jog kat padang kawad jer about 3 rounds. Fuh penat die, macam nak terburai isi perut aku rasa. Ak ni memang kalah la kalau jog kat padang kawad ni, dalam 3 rounds jer. Tu pun da macam nak putus nyawa da tu. Aku teringat gak ar masa kat SAMURA dulu, time training rugby fuh dekat 10 rounds leh abes jog 1 padang bola tu. Tu masa stamina sedang2 baek n mantap orang kata. Tapi da umur makin bertambah tahap performance pun da makin kurang la nampaknya.

06 January 2009

44 pantang larang bagi bakal pengantin, hah? what daaaa................

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

credited goes to http://isuhangat.blogspot.com/

new hope..... apa suda jadi bai???

Erm, hari ni tapi sebenarnye aku nak cerita pasal semalam sebenarnya. Minggu ni da masuk second week da lecture aku bermula. Tapi aku masih tak sedar2 lagi yang aku sudah start belajar semula. Orang cakap per aku masih di awang2an la. Mana tak nyer, lecture da start, kelas aku datang jer, paam nyer 50 percent jer. Lagi 50 percent otak da merewang mana2 ntah jer. Tapi balik bilik study nyer tak, layan msg jer, tgk cerita n dll la. Kahkahkah. Tak nanti2 ar start study kan, lek2 lu.

Hari ni gak start la training aku bersama a-team. Fuh lama deh tak training, tapi aku rasa fitness aku okeh lagi jer. Tak pancit sangat la, hehe. Power lagi aku rupanya, kekeke. Haha, training kitorang ni adalah sebahagian dari prepation nak gi naik gunung taw. Haha, aku ni kaki gunung gak la boleh dikatakan. Tapi aku bukan otai2 gunung la. Biasa2 jer. Aku layan jer gunung2 ni, just for recreation. Waktu terdekat ni dalam 2 week lagi, aku nak gi gunung dato' kat negeri sembilan. Maw ikut tak kamu, hehehe. Dalam aku naik gunung2 ni, banyak gak la kenang2an. Manis, pahit, masam, kelat, payau n banyak lagi la. Tapi kalau korang nak tengok gambar2 aku, ada kat multiply aku kat http://arezisx.multiply.com Hah, korang tengok la sampai muntah yer. Erm tadak pa la lagi maw cakap babe. Okeh sampai sini dulu deh. Daaa.....

05 January 2009

gimme chance babe.............

Huhu... bercakap tentang chance atau dalam bahasa Melayu nye, PELUANG. Ape yang anda taw tentang peluang ni? Bagi aku peluang membawa maksud yang banyak bagi diri seseorang. Taktaw la bagi diri korang cane lak. Bagi aku peluang ni adalah satu keadaan di mana seseorang akan mendapat kebaikan bagi satu tujuan atau keadaan. Kalau nak diceritakan, tujuh hari tujuh malam pun tak abes nak cerita pasal peluang ni.

Bagi aku, banyak peluang yang datang dan pergi dalam hidup aku selama ni. Ada peluang keemasan, keperakan dan tak lupa juga peluang buang masa jer. Dalam banyak2 peluang tu, ada gak yang aku dapat cekup dan ada yang dapat cekup tapi terlepas begitu akhirnya. Dan ada juga peluang di depan aku yang aku wat bodoh kayu jer sampai melepas tak sudah2 sampai lani. Ish....3x menyesal tak sudah babe. Tapi peluang selalu nya datang sekali jer seumur idop, da name pun peluang. Kalau banyak kali bukan peluang name nya, tu da kira cam nasib jer, ntahla. Aku pun taktaw. Tapi dalam masa2 akan datang ni, aku tak nak persiakan peluang2 yang ada kat depan aku ni. Tak kira lah, peluang baek ker, buruk ker. Rebut dulu babe, jangan menyesal nanti udah le. Oleh itu, amek la, rebut lah, rembat lak, ape saja la untuk menggapai peluang itu. Jangan sampai orang len yang kebas dulu udah le. Aku rasa sampai sini dulu la. Ok daaaa..... bye2. Last but not least, GIMME CHANCE BABE....................wawaaaaaa....

03 January 2009

pemberontakan dari hati sanubari.........jiwa kacau

Semalam aku tak sempat nak update blogku ini. Penat giler tak taw la nape plak. Pas layan movie Death Race semalam terus bummmm.... belayar dengan jayanya di atas katil, sampai la pukul 11.00 pagi tadi. Hehehe, cemerlang tak pelayaran aku ni. Sapa2 yang nak ditunjuk ajar boleh jer, FOC lagi tu. Nak?? Kekeke.... Aku penat semalam maybe sebab temankan Nik kot gi Bank Islam yang kat Angsana tu, biasa petang2 kalau tadak ape2 aku lepak2 jer. Biasanya membuta la, yela minggu2 pertama ni, tadak kerja sangat hati pun senang lenang lagi. Tengokla naik minggu2 berikut nya, tak menang tangan da. Banyak kerja dehh.

Berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya bukan aku yang memberontak tu. Budak2 PMIUTM jer semalam yang memberontak, ye la pasal Israel bedil Palestin tempoh hari masa da nak masuk Awal Muharram ari2. Pas solat Jumaat semalam dorang berkumpul kat tepi MSI, pa2 wat cam ala-ala 'reformasi' tu, takbir pastu jerit ntahapeapentah la. Dorang punyer pasal la, aku tak mo campur. Adalah ramai gak budak2 dorang ni. Sampai pak guard + mak guard UTM datang tu. Aku taktaw la dorang nak leraikan or nak join sekali berarak. Aku pun tengok tak abes ma. Malas dehh, nak tengok. Balik bilik wat bend alen lagi besh kan. Tapi 'reformasi' ni mengingatkan aku kembali berflash back masa aku solat Jumaat kat Masjid Ar-Rahman kat Lembah Pantai dulu. Ala masjid yang kat sebelah UM tu. Hah, tu kalu ada reformasi lagi grand slam nye wa cakap lu. Da lah dekat ngan Um kan, jadik yang wat reformasi tu budak2 extreme UM la. Besh giler kalau tengok kan pas solat Jumaat tu. Kumpul ramai2, pastu bawak ntah apa ntah banner. flag, dan seangkatan dengannya. Pastu berarak kat jalanraya. Fuhh, cara. Cam da kat luar negara pun ada gak. Kadang2 tu siap da FRU dengan truck2 merah nya plak tu sedia untuk 'memandikan' orang2 ni denagn air racun dorang tu. Tapi sekarang aku rasa dah tadak kot, benda2 cam tu lagi berlaku kat sana. Negara pun dah 'amankan' sekarang nih. Hehehe....

Itulah dua situasi yang berlainan, yang mungkin boleh di jadi kan iktibar dan panduan kepada kita agar tidak lah memberontak secara illegal. Kalu nak memberontak pun, gi la mana2 ha lantak pi la hang nak wat pa pun. Erm, oklah deh. Nanti gua cerita lagi. Daaaa......

01 January 2009

welcome 2009 with fullheart........

file:///C:/Documents%20and%20Settings/arezisx/Desktop/4.bmp