Hai, huhu. Penat selepas baru balik dari melepak di CAFE K9. Erm, ops ni bukan K9 yang unit anjing pengesan polis tu ye. Akan tetapi ini adalah Kolej 9. Salah satu kolej perempuan di UTM ini. Dan merupakan salah satu juga tempat kejadian.. hehehe. Kejadian apa, haha. Korang carilah sendiri yer, kejadian ape yang berlaku di K9 itu. Jeng..jeng... jangan biarkan diri anda di selubungi misteri........
Erm, aku nak cakap pasal concern ni eh. Orang Malaysia ni, memang lah, orang2 yang concern and suka mengambil berat antara satu sama lain kan. Betul tak kamu semua, kalau betul angguk kan kepala, patu cakap, betul3x (macam cite upin dan ipin tu..). Tapi kalau dah concern and amek berat sangat sampai menjaga tepi kain orang lain nak buat apa plak kan, sebok jer tu namanyer. Memang boleh menempah satu das tumbukan berkali2 di muka tu. Huhu, tapi yang aku nak cakap kan di sini pasal sikap orang Malaysia ni ar, bab concern and amek berat ni. Ni kalau bab berlaku nyer kemalangan jalanraya di jalan raya or lebuh raya or yang sewaktu dengan nya lah kan. Orang Malaysia ni sangat lah concern kalau berlaku accident ni, dorang yang sedang drive kereta sampai meter kereta dorang dah abes bacaan meter tu, kalau ada accident jer fuh teros drive kereta macam kura2 yang jalan tempang, slow nak mam***. Kura2 jalan tempang camner eh? Ah, abaikan jer la, analogi je tu. Hal ini betol2 jadi kat aku petang tadi sewaktu aku dalam perjalanan ker bandaraya Johor Bahru. Kat fly over jalan Skudai tu ada lah 2 kereta accident, satu kete tu dah terbalik da. Yang aku hangin nyer tu, orang yang accident tu da tadak da, yang tinggal hanya lah kereta2 mereka2 sahaja, akan tetapi yang melihat kan kereta2 tu sangat lah ramai dan drive pon slow2 coz nak tengok accident punya pasal kan. Fuh dah jadi sesak sket da. Patu, jalan pon slow2 ar nak lepas kan dari kawasan kejadian tu. Dah lah aku nak cepat patu jammed sebentar lah plak di situ kan, siot jer. Hah tu lah sikap orang Malaysia, concern tak bertempat. Padahal menda simple jer tapi kekadang tu jammed sampai 2-3 km la punyer jauh coz nak tengok accident punyer pasal kan. Kekadang tu bengang tahap cipanzi coz ye r da drive laju2 ni nak kejar masa and kerja dan nak sampai ke destinasi yang telah dirancang dengan tempoh masa yang di tetapkan. Tapi apakan daya, ada plak accident kat tengah2 highway tu, dah tergendala plan2 yang di rancang tadi. Fuh, sabaw jer la nak nyer kan. Fuh da2 aku da start nak mencarot2 yang bukan2 ni. Erm ok lah. Cukop aku mengutuk orang tuk hari ni, nanti aku kutuk lagi eh. wawawa.. chowz.........(o,O)
0 corat-caret:
Post a Comment
corat-caret !