04 August 2009

siapakah aku?

Hai, da lama sih aku tak menaip dalam blog ni. Em, aku malas sebenarnya nak menaip pon. Lagi satu, sebab buzy sket kot. Hehehe, buzy la sangat kan. Kan2... Hahaha. Em, kadang2 kan aku terfikir and termenung sesorang kan, siapa eh aku sebenarnya ni kan? Aku kadang2 bingung jugak la kan memikirkan nya. Adakah aku seorang manusia yang ingin kan segala keseronokan hidup totally nya. Fuh mungkin tidak, adakah aku seorang manusia yang selalo alpa dan lalai dengan segala2 nya? Ada sedikit kot walaupon tidak sepenuhnya. Atau adakah aku manusia yang hidup menumpang di bumi Tuhan ini yang ingin mencari ketenangan dan bekalan untuk masa hadapan agar diri tidak kosong dengan sesuatu?

Akan tetapi untuk mencari segalanya itu perlukan kesabaran dan kecekalan. Hanya yang cekal, sabar dan tabah yang mendapat nya. Tetapi jika kita tidak tabah, cekal dan sabar, kita akan mencari sesuatu untuk membantunya. Seperti contohnya kita mencari seseorang untuk meluahkan perasaan kan. Wahh. Huhu, tetapi jika kita mahukan pertolongan, minta lah secara berhemah dan sopan. Jangan lah dibiarkan orang yang ingin membantu itu kadang kala tertanya2 di tengah jalan akan masalah yang kita hadapi kan. Sebenarnya tanpa kita sedari, jika itu berlaku, kita sebenarnya secara tak langsung telah memberikan masalah itu kepada orang tersebut. Huhuhu, kesian kan orang itu kan. Terseksa taw orang itu taw. Huhu...

Dan jika kita bermasalah dengan orang di sekeliling kita, kita haruslah bijak menangani ni. Ibarat kita menarik benang dalam tepung, benang tak putus, tepung tak berselerak kan. Begitulah juga, jika kita bermasalah dengan orang lain. Jangan lah semua orang hendak di jadikan mangsa kan, kita ada otak dan akal fikiran jadi berfikirklah sendiri eh. Huhuhu.

Eit, apa sebenarnya yang aku dah melalutkan ni eh. Arg, aku pon tak taw sebenarnya, aku taip ikot sedap hati jer. Nak taip, taip jer, apa terlintas aku main taip jer. Orang cakap sekadar mengisi masa lapang kan. Hahaha. Dan sebenarnya aku nak bagitaw, aku telah tergolong dalam orang yang telah aku taip dalam perenggan yang kedua tadi tu. Tulah, aku kekadang terfikir kan siapakah aku yang sebenarnya kan? Adakah aku tempat untuk orang mengadu nasib atau just cakap2 kosong kat aku sehingga aku ternganga sesorang memikirkannya. Itu lah pasal kan, tapi aku terima je la. Nak dibuat bagaimanakan. Kita mahu juga menolong, akan tetapi kita kekadang tidak ditolongkan. Em, apakah ini kan? Ah?? Huh pening2 kan2. Dah start merepek dah aku ni. huhu. Ok lah, malas la nak mengarut merepek lagi sih. Bye2.... daaa

19 July 2009

penat dan malas?

Huh, arini aku sungguh penat dan malas nampaknya. Penat kerana siang tadi jaga checkpoint xplorerace Jom Jelajah Johor (PRESTIC 2009). Then dah jaga hampir setengah hari, maka penat lah badan. Dah penat tu, timbulllah pulak perasaan malas. Hahaha, malas nak wat sume kerja2 nak melepak je kerjnya. Hoho. bye malas ar..........huhuhu

16 July 2009

mengapa?

Mengapa... adalah suatu persoalan yang diutarakan apabila seseorang itu ingin mengetahui sesutu yang ingin dia ketahui. Mengapa itu terjadi? Hah kan dah terutaranya suatu persolan mengapa. Hahaha, mengapa ini terjadi pulak? Hah, aku pon tak taw la sebab apa. Mengapa, dimana, apakah, bilakah, boleh kah, itu kah, ini kah, and last sekali kahkahkahkah.... Erm, ini adalah merepek sungguh. Wawawa, suka hati kau lah nak merepek ke apa. Arh, abaikanlah semua itu. Malas lah maw dilayan. Menagapa ini semua terjadi? Hah. mengapa???? Jawapan kita tunggu sebentar lagi, wawawawawa................................ Huhu, aku nak sambung sket ar pasal tajuk ni, Erm, mengapa? Mengapa eh?? Hehehe, pernah tak korang terfikir mengapa kan tak semua kerja2 kita tu kadang2 dihargai oleh orang sekeliling kita kan. Dorang tau nak kerja siap jer, on time. Tapi kan ada dorang kesah tak camne kerja2 tu dapat disiap kan, even susah payahnya hendak menyiapkan sesuatu kerja itu. Ada juga yang sampai bergadai nyawa even untuk menyiapkan dan memuaskan kerja2 tu kan. Ini tidak kadang orang di atas itu suka memerintah sahaja tanpa memikirkan kepentingan dan perasaan orang2 yang di bawah nya ni bekerja untuk nya. Ingatlah sikit, yang di atas tidak selama nya di atas senang lenang kan. Dan yang di bawah bukan lah hamba abdi yang perlu di jadikan kuli. Oleh itu, hormatilah yang di bawah jika di atas mahu dihormati. Dan sebaliknya. OKei

15 July 2009

oliee-day, walla....

Huh, ari ni aku holiday satu hari dengan gumbira nya. Nye la, hari ni takda class satu hari suntuk, apalagi, duk kat bilik berehat sakan la gamaknya. Hahaha, hari ni aku pon tak buat apa2 la. Just lepak2 kat bilik jer, fuh sungguh membosan kan yang amat. Nak gi keluar jenjalan amat lah malas, jadi kesimpulannya just membuta je la. Herm, sebenarnya kerja banyak je yang perlu dibuat akan tetapi sifat malas telah merajai diri, hahaha. Nanti la dulu, buat sikit2 pelan2 lama2 siaplah tu kan, hehehe. Erm, semalam aku gi meeting Pesta Konvo 43 kat Dewan Senat. Fuh tak sangka la plak aku jadi ajk nya buat dua kali berturut2. Kali ni portfolio aku lain sikit berbanding Konvo 42 yang lepas. Kalau Konvo lepas aku di Unit XTVT, dan kali ini aku di Unit Publisiti plak. Huh, besh ke? Hah, we wait and see the result eh. Itu pon aku join kali ni sebab ada orang yang ajak aku, kalau tak, aku memang tak nak join pon, nak tumpu menda lain plak. Habis da orang ajak kan aku pon tak mau la mengecawakan orang kan, tak baek taw. Nanti Tuhan marah taw. Hehehe. Erm, dalam Pesta Konvo 43 kali ini, aku dapat lihat lebih daripada 60% ajak nya terdiri daripada kaum2 Hawa. Fuh, nampak nya di manakan kaum2 Adam sekalian ni menghilang ye? Kalau Konvo 42, die balance la sket daripada segi jantina ni, tapi kali ini amatlah berbeda eh. Huhuhu, mungkin ada hikmah disebalik benda2 ini semua kan? Siapa tahu, huhhu. Oklah aku nak buat kerja lain la. Ye la, dah seharian membosan kan diri di bilik kan. Hehehe. OK

14 July 2009

sesekali aku teringat babak 1...

Hai, huhuhu.. Erm, ape eh yang aku teringat, huh aku pon da lupe ar. Erm tak pe2 nanti, bila2 aku bagi taw ar eh. Ok tu je la... hehehe