14 January 2009

i got da place for industrial training... hoyeahhh!!!

13 January 2009

menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi hantu???

u

12 January 2009

ateam frenz n family '09, adakah aku suda berfamily?????

wat entry dlu la, x lrt r nk taip, nti dulu deh

11 January 2009

kekangan masa......

Lama dah gak aku tak update blog aku ni. Erm, semua ni disebabkan kekangan masa la. Yelah almaklum la, sebagai student U, korang mesti la taw kan cane.. life didalam nya. Tak taw la, kalau korang dak2 U wat pergi kuliah, balik kuliah, makan, tidor. Itu jer kerja korang. Tak besh betul, no challengge la. BUHSAN jer......

Hah, dalam minggu ni banyak giler sebenarnya ceritera2 besh yang berlaku dalam life aku. Waaaa. Tapi tak sempat la nak tulih kat sini. Wawawaa. Hari ni pun pagi kul 8.00 pagi kang aku da ada program da. Fuhh, pagi2 buta tu bai, yang org2 sedap2 dibuai mimpi indah. Kita lak pergi program, anyway aku tak kisah pun. Lagipun program kelab aku pun, sapa lagi maw support kelab kalau bukan kita2 ni. Program tu diberi nama "ATEAM FRENZ n FAMILY '09". Masuk ni da 3 season dah keudara, sejak 2006 lagi. Aku seperti biasa tak pernah miss 2 season sebelum ni. Kekeke....besh wa cakap lu. Yer ar, time ni la. Kitorang nak main game budak2 sekolah tadika yang macam kanak2 riang Ribena tu nanti. Kahkahkah... ok tunggu n saksikan lah cane lak untuk season 3 ni. Mungkin lagi besh kot, hehehe.

Erm, cane la aku boleh terjaga awal pagi ni. 6:30 pagi dah bangun dah, pelik. Padahal alarm pertama aku pun belum berkokok lagi, aku dah bangun dah. Impressive, progressive. Hehehe, padahal malam tadi tidur pukul 3:15 pagi tu. Tapi skang ni dah tak ngantuk dah, segar lak. Kalau tak, mesti aku dah lena balik dah ni. Maybe, coz nak main game untuk frenz n family kot ari ni. Semangat sket. Tambahan pula, cehhhhh, semalam dah la siang aku pergi kenduri kahwin abang dak Amin kat Kota Tnggi. Pastu malam, ada meeting 1st KONVO 42 sampai kul 12:00 tgh malam lak tu. Huhuhu, pastu balik wat bungkus kerepwk lak sampai kul 2:30 pagi. Nlast but not least, cesss. Bersms sampai 3:15 pagi, tu pun aku tak sedar ntah biler ntah aku tidor. Bangun check msg pagi2 last msg kul 3:15 pagi. Aku assume tidor masa tu lar. Kekeke, jangan mara yerr. Okehla, sampai sini dulu ar rasa nyer. Nanti kalau ada ceritera2 menarik, gue poast kan lagik yer. OK. Daaa.....

07 January 2009

hari penuh cabaran..........

Semalam start hari kedua training aku bersama budak2 a-team ni. Semalam jer kitorang just jog kat padang kawad jer about 3 rounds. Fuh penat die, macam nak terburai isi perut aku rasa. Ak ni memang kalah la kalau jog kat padang kawad ni, dalam 3 rounds jer. Tu pun da macam nak putus nyawa da tu. Aku teringat gak ar masa kat SAMURA dulu, time training rugby fuh dekat 10 rounds leh abes jog 1 padang bola tu. Tu masa stamina sedang2 baek n mantap orang kata. Tapi da umur makin bertambah tahap performance pun da makin kurang la nampaknya.

06 January 2009

44 pantang larang bagi bakal pengantin, hah? what daaaa................

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

credited goes to http://isuhangat.blogspot.com/

new hope..... apa suda jadi bai???

Erm, hari ni tapi sebenarnye aku nak cerita pasal semalam sebenarnya. Minggu ni da masuk second week da lecture aku bermula. Tapi aku masih tak sedar2 lagi yang aku sudah start belajar semula. Orang cakap per aku masih di awang2an la. Mana tak nyer, lecture da start, kelas aku datang jer, paam nyer 50 percent jer. Lagi 50 percent otak da merewang mana2 ntah jer. Tapi balik bilik study nyer tak, layan msg jer, tgk cerita n dll la. Kahkahkah. Tak nanti2 ar start study kan, lek2 lu.

Hari ni gak start la training aku bersama a-team. Fuh lama deh tak training, tapi aku rasa fitness aku okeh lagi jer. Tak pancit sangat la, hehe. Power lagi aku rupanya, kekeke. Haha, training kitorang ni adalah sebahagian dari prepation nak gi naik gunung taw. Haha, aku ni kaki gunung gak la boleh dikatakan. Tapi aku bukan otai2 gunung la. Biasa2 jer. Aku layan jer gunung2 ni, just for recreation. Waktu terdekat ni dalam 2 week lagi, aku nak gi gunung dato' kat negeri sembilan. Maw ikut tak kamu, hehehe. Dalam aku naik gunung2 ni, banyak gak la kenang2an. Manis, pahit, masam, kelat, payau n banyak lagi la. Tapi kalau korang nak tengok gambar2 aku, ada kat multiply aku kat http://arezisx.multiply.com Hah, korang tengok la sampai muntah yer. Erm tadak pa la lagi maw cakap babe. Okeh sampai sini dulu deh. Daaa.....

05 January 2009

gimme chance babe.............

Huhu... bercakap tentang chance atau dalam bahasa Melayu nye, PELUANG. Ape yang anda taw tentang peluang ni? Bagi aku peluang membawa maksud yang banyak bagi diri seseorang. Taktaw la bagi diri korang cane lak. Bagi aku peluang ni adalah satu keadaan di mana seseorang akan mendapat kebaikan bagi satu tujuan atau keadaan. Kalau nak diceritakan, tujuh hari tujuh malam pun tak abes nak cerita pasal peluang ni.

Bagi aku, banyak peluang yang datang dan pergi dalam hidup aku selama ni. Ada peluang keemasan, keperakan dan tak lupa juga peluang buang masa jer. Dalam banyak2 peluang tu, ada gak yang aku dapat cekup dan ada yang dapat cekup tapi terlepas begitu akhirnya. Dan ada juga peluang di depan aku yang aku wat bodoh kayu jer sampai melepas tak sudah2 sampai lani. Ish....3x menyesal tak sudah babe. Tapi peluang selalu nya datang sekali jer seumur idop, da name pun peluang. Kalau banyak kali bukan peluang name nya, tu da kira cam nasib jer, ntahla. Aku pun taktaw. Tapi dalam masa2 akan datang ni, aku tak nak persiakan peluang2 yang ada kat depan aku ni. Tak kira lah, peluang baek ker, buruk ker. Rebut dulu babe, jangan menyesal nanti udah le. Oleh itu, amek la, rebut lah, rembat lak, ape saja la untuk menggapai peluang itu. Jangan sampai orang len yang kebas dulu udah le. Aku rasa sampai sini dulu la. Ok daaaa..... bye2. Last but not least, GIMME CHANCE BABE....................wawaaaaaa....

03 January 2009

pemberontakan dari hati sanubari.........jiwa kacau

Semalam aku tak sempat nak update blogku ini. Penat giler tak taw la nape plak. Pas layan movie Death Race semalam terus bummmm.... belayar dengan jayanya di atas katil, sampai la pukul 11.00 pagi tadi. Hehehe, cemerlang tak pelayaran aku ni. Sapa2 yang nak ditunjuk ajar boleh jer, FOC lagi tu. Nak?? Kekeke.... Aku penat semalam maybe sebab temankan Nik kot gi Bank Islam yang kat Angsana tu, biasa petang2 kalau tadak ape2 aku lepak2 jer. Biasanya membuta la, yela minggu2 pertama ni, tadak kerja sangat hati pun senang lenang lagi. Tengokla naik minggu2 berikut nya, tak menang tangan da. Banyak kerja dehh.

Berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya bukan aku yang memberontak tu. Budak2 PMIUTM jer semalam yang memberontak, ye la pasal Israel bedil Palestin tempoh hari masa da nak masuk Awal Muharram ari2. Pas solat Jumaat semalam dorang berkumpul kat tepi MSI, pa2 wat cam ala-ala 'reformasi' tu, takbir pastu jerit ntahapeapentah la. Dorang punyer pasal la, aku tak mo campur. Adalah ramai gak budak2 dorang ni. Sampai pak guard + mak guard UTM datang tu. Aku taktaw la dorang nak leraikan or nak join sekali berarak. Aku pun tengok tak abes ma. Malas dehh, nak tengok. Balik bilik wat bend alen lagi besh kan. Tapi 'reformasi' ni mengingatkan aku kembali berflash back masa aku solat Jumaat kat Masjid Ar-Rahman kat Lembah Pantai dulu. Ala masjid yang kat sebelah UM tu. Hah, tu kalu ada reformasi lagi grand slam nye wa cakap lu. Da lah dekat ngan Um kan, jadik yang wat reformasi tu budak2 extreme UM la. Besh giler kalau tengok kan pas solat Jumaat tu. Kumpul ramai2, pastu bawak ntah apa ntah banner. flag, dan seangkatan dengannya. Pastu berarak kat jalanraya. Fuhh, cara. Cam da kat luar negara pun ada gak. Kadang2 tu siap da FRU dengan truck2 merah nya plak tu sedia untuk 'memandikan' orang2 ni denagn air racun dorang tu. Tapi sekarang aku rasa dah tadak kot, benda2 cam tu lagi berlaku kat sana. Negara pun dah 'amankan' sekarang nih. Hehehe....

Itulah dua situasi yang berlainan, yang mungkin boleh di jadi kan iktibar dan panduan kepada kita agar tidak lah memberontak secara illegal. Kalu nak memberontak pun, gi la mana2 ha lantak pi la hang nak wat pa pun. Erm, oklah deh. Nanti gua cerita lagi. Daaaa......

01 January 2009

welcome 2009 with fullheart........

file:///C:/Documents%20and%20Settings/arezisx/Desktop/4.bmp