Semalam aku tak sempat nak update blogku ini. Penat giler tak taw la nape plak. Pas layan movie Death Race semalam terus bummmm.... belayar dengan jayanya di atas katil, sampai la pukul 11.00 pagi tadi. Hehehe, cemerlang tak pelayaran aku ni. Sapa2 yang nak ditunjuk ajar boleh jer, FOC lagi tu. Nak?? Kekeke.... Aku penat semalam maybe sebab temankan Nik kot gi Bank Islam yang kat Angsana tu, biasa petang2 kalau tadak ape2 aku lepak2 jer. Biasanya membuta la, yela minggu2 pertama ni, tadak kerja sangat hati pun senang lenang lagi. Tengokla naik minggu2 berikut nya, tak menang tangan da. Banyak kerja dehh.
Berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya bukan aku yang memberontak tu. Budak2 PMIUTM jer semalam yang memberontak, ye la pasal Israel bedil Palestin tempoh hari masa da nak masuk Awal Muharram ari2. Pas solat Jumaat semalam dorang berkumpul kat tepi MSI, pa2 wat cam ala-ala 'reformasi' tu, takbir pastu jerit ntahapeapentah la. Dorang punyer pasal la, aku tak mo campur. Adalah ramai gak budak2 dorang ni. Sampai pak guard + mak guard UTM datang tu. Aku taktaw la dorang nak leraikan or nak join sekali berarak. Aku pun tengok tak abes ma. Malas dehh, nak tengok. Balik bilik wat bend alen lagi besh kan. Tapi 'reformasi' ni mengingatkan aku kembali berflash back masa aku solat Jumaat kat Masjid Ar-Rahman kat Lembah Pantai dulu. Ala masjid yang kat sebelah UM tu. Hah, tu kalu ada reformasi lagi grand slam nye wa cakap lu. Da lah dekat ngan Um kan, jadik yang wat reformasi tu budak2 extreme UM la. Besh giler kalau tengok kan pas solat Jumaat tu. Kumpul ramai2, pastu bawak ntah apa ntah banner. flag, dan seangkatan dengannya. Pastu berarak kat jalanraya. Fuhh, cara. Cam da kat luar negara pun ada gak. Kadang2 tu siap da FRU dengan truck2 merah nya plak tu sedia untuk 'memandikan' orang2 ni denagn air racun dorang tu. Tapi sekarang aku rasa dah tadak kot, benda2 cam tu lagi berlaku kat sana. Negara pun dah 'amankan' sekarang nih. Hehehe....
Itulah dua situasi yang berlainan, yang mungkin boleh di jadi kan iktibar dan panduan kepada kita agar tidak lah memberontak secara illegal. Kalu nak memberontak pun, gi la mana2 ha lantak pi la hang nak wat pa pun. Erm, oklah deh. Nanti gua cerita lagi. Daaaa......
0 corat-caret:
Post a Comment
corat-caret !