Erm buat yang pertama2nyer dlm sejarah aku menciptakan sebuah blog. Yeke sebuah? Ntah whatever lah. Kenapa yer nk wt blog, erm ntah la. Sajer2 kot. Sekadar suke2. Teman di masa lapang kot. Maybe utk menyatakan sesuatu yg x terungkap oleh kata2, mungkin utk menjelaskan sesuatu yang tersirat dan tersurat dalam suatu kehidupan. Arggh apakah yang telah aku merepek ini. Kekeke. Atau sekadar mengisi kekosongan masa yang ada, yang di berikan Tuhan kepada hamba-Nya. Aku tertarik nk wat blog pas aku baca blog member ku ni sorang. Nama dia, BIGONG. Apakah keistimewaan makhluk yang bernama bigong ini. Adakah bigong ini sejenis binatang atau benda atau spesis mamalia yang hampir pupus. Tidak sama sekali, bigong kawanku di sekolah dahulu. Dahulu kala lah, lama gak tu. Kitorang agak rapat dan baik gak lah diktakan. La melalut lak masuk bigong ni. Ermmm. Ok2 nanti la cerita pasal bigong ni. Berbalik cerita kita yang asal tadi. Pas aku baca blog dia, aku pun tertarik nak ada blog aku sendiri. Boleh la dikatakan blog dia ni best gak. Menarik + sempoi jer. Jadi dengan semangat yang tinggi menggunung, maka diciptakankanlah sebuah blog dari aku kepada kamu.
Aha dengan itu, bermulalah kisah ku dan blog. Setiap coretan mungkin sekadar untuk renungan dan kenangan sahaja. Mungkin juga sebagai pedoman hidup kita ke arah yang lebih bertamadun bermaruah. Maka dengan itu, janganlah dikutuk 'blogakulah' ini sesedap orennya jika tidak kena dengan gayanya. Pandangan dan idea2 bernas anda mungkin dapat membantunya. Sehingga bersua lagi di lain kesempatan. DA..... SEKIAN AJE
0 corat-caret:
Post a Comment
corat-caret !